Mak Siti campak kucing ku, wanita berang selepas lihat CCTV kucing miliknya dikasari

TIindakan seorang wanita yang dikenali sebagai Mak Siti mencampak kucing tanpa belas kasihan menyebabkan pemilik haiwan peliharaan itu berang selepas menonton rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) dalam satu kejadian baru-baru ini.

Video aksi Mak Siti tular, selepas pemilik kucing tersebut memuat naik satu video pendek di akaun TikTok miliknya @rosella_rosell.

Menurut pemilik haiwan itu, Farika Natasya Truna Othman, 27, kejadian berlaku ketika dia pulang ke Kedah, selama dua minggu selepas mengupah Mak Siti untuk menjaga tujuh ekor kucingnya.

Namun, di sebalik cerita indah mengenai Mak Siti daripada mulut orang, ibarat mimpi ng3ri buat Farika.

“Saya balik kampung nak dekat dua minggu pada 17 Disember lalu, jadi terpaksa cari orang untuk jagakan kucing.

“Lagi pun saya tak berapa ‘familiar’ sangat kawasan sini dan orang yang ambil upah jagakan kucing ini pula memang dah lama tinggal di kawasan ini. Orang panggil dia Mak Siti,” kata Farika

Tambahnya, wanita berusia 60 tahun itu sememangnya dikenali penduduk setempat yang sering menggunakan khidmat upah mengemas rumah.

“Disebabkan maklum balas positif penduduk sekitar, saya ambil keputusan untuk mengupahnya,” ujarnya.

Menurut Farika lagi, Mak Siti sudah pun sedia maklum akan kewujudan CCTV, namun tetap mengasari haiwan tersebut.

“Saya ‘deal’ dengan Mak Siti untuk tiga ke empat kali sahaja datang, tapi dia terpaksa datang setiap hari oleh kerana dia salah buat kerja seperti yang saya sarankan.

“Esoknya bila lihat CCTV, saya tengok campak kucing saya tu. Saya nak marah tapi takut dia apa-apakan kucing saya,” katanya.

Kata Farika, pada awalnya dia mahu membuat laporan polis, tetapi kasihan akan Mak Siti yang bercadang mahu pulang kembali kampung halaman di Indonesia.

“Atas nasihat suami saya dan selepas jiran tengokkan semua kucing dalam keadaan ok, saya tutup sebelah mata akan kesalahan dia,” ujar anak kelahiran Johor ini.


Komen pada ruangan komen, rata-rata netizen turut naik angin dengan keajdian itu.

Jangan lupa like share komen. Terima kasih!

Post Berkaitan

Leave a Reply