P3rnah Kena Ludah Cakap An4k Tak Bergun4.Tiba-Tiba Mak Suruh Aku Berhenti Kerja Jaga Dia.Aku Tak Benci Mak,Tapi..

Mak nak sangt dapat anak lelaki tapi sekali yg keluar anak perempuan sebab tu mak benci aku. Sekarang aku dah ada  kerjaya, bertahun tak balik ke kampung, bila aku call mak tak jawab. Tiba – tiba satu hari mak telefom, dia suruh aku berhenti kerja dan jaga dia dekat rumah. Tapi ini yang aku luahkan sebelum aku letak panggilan.

Assalamualaikum kepada admin dan semua pembaca. Luahan ini adalah kisah aku yang bernama Fatin. aku tak berapa reti nak bercerita, jadi maafkan aku dan semoga kisah aku boleh buat orang yang terima nasib dengan aku untuk selalu sayang akan diri sendiri.

Baiklah, aku adalah anak sulung tetapi sebelum aku dilahirkan, mak aku pernah mengandung 2 kali tapi sayangnya keguguran. Jantina 2 kali kandungan sebelum ini adalah baby boy. Bila mak mengandung kandungan kali ketiga, kali ini mak cuti rehat yang panjang dan sentiasa jaga pemakanan dan sebagainya.

Nak dijadikan cerita, bila mak dapat tahu kandungan kali ini adalah baby girl, mak rasa down yang teramat. Mak mahukan baby boy sebab nenek pernah pesan kat mak “umi nak cucu umi yang ni anak lelaki.” (nenek belah papa).Mak jadi tertekan dan kerap berg4duh dengan papa. Jadi bila lahirkan aku, mak tak gembira dan selalu abaikan aku sejak baby. Nasib baik ada makcik duduk satu taman yang tolong susukan aku sebab sepupu lahir tahun yang sama tapi berbeza bulan.

Jadi kami ni adik beradik susuan. Bila aku berumur dalam 4 tahun, aku dapat adik lelaki. Comel sangat. Mak mula bahagia dan sentiasa tersenyum sebab nenek suka sangat pada baby boy. Nenek kerap hulur duit dan kerap nak melawat adik.

Tapi nenek garang dengan aku. Muka sentiasa masam mencuka macam mak bila aku ada depan mata. Jadi korang boleh bayangkan, mak dah tak suka sejak aku dalam kandungan maka boleh agak bagaimana aku membesar.

Sejak sekolah rendah, aku kena selesaikan semua tugasan dalam rumah. Balik sekolah, cuci pinggan mangkuk, sapu mop lantai, basuh atau jemur kain, masak nasi dan sebagainya. aku langsung tak boleh bermain macam kawan – kawan yang lain.

Tapi boy selalu kurang ajar dengan aku. Aku tak salahkan dia 100 peratus sebab dia selalu tengok mak tengking aku depan mata dia. Jadi adik aku akan tiru kelakuan mak. Boy boleh panggil aku oi bAbi,oi celaka sebab itu panggilan biasa mak pada aku.

Aku masuk matriks dan terus sambung ijazah. Siksa juga nak habiskan zaman belajar sebab kalau minta duit dengan mak, mak akan merungut dan jika minta dengan papa, papa bising sebab dia kata membazir serta ini adalah hutang.

Aku kena bayar semula segala kos ketika belajar pada dia bila dah bekerja nanti. Aku ambil biasiswa dan berjaya. Sangat susah dan tertekan tapi tiada cara lain nak tanggung diri sendiri di U. Bila midterm br3ak dan cuti sem,Aku tak balik rumah.

Aku duduk dengan kawan dan bekerja. Aku tak seronok di rumah. Rasa nak meletup dan Aku jadi perahsia. Akuada kawan tapi tak meluah masalah pada mereka. Aku rasa malu. Ingat lagi, bila ada cuti. ramai exc1ted nak balik kampung halaman.

Aku  pun pura – pura gembira. Maka aku tunggu housemates semua dah balik ke negeri masing – masing, aku akan tinggal berseorangan dalam hostel kami. Aku rela begini dari balik ke rumah yang aku  rasa tak gembira. Aku graduate pun, keluarga sendiri tak hadir.

Tapi makcik pakcik aku datang. Terima kasih.. Aku habis belajar, terus bekerja dan beberapa tahun aku dapat kerja di badan berkanun. Alhamdulillah… syukur sangat. Sedar – sedar, dah bertahun tak balik rumah dan papa mak tak pernah bertanya kecuali jika nak duit.

Kalau aku call, jarang nak angkat. Boy pula, keputvsan SPM sangat teruk dan mak masukkan dia ke kolej swasta. Dia tak dapat habiskan pelajaran dan suka enjOy duit mak papa beri. Siap ada kereta sebiji khas untuk boy siap dengan warna kegemaran dia.

Kesian pada boy, dimanjakan sampai jadi begitu. Aku banyak kali nak berdamai dengan boy tapi tak jalan. Keras betul hati dia haha. Entahlah, penat sejak kecil asyik dipulaukan, kena tengking maki, libas dengan penyapu dan kena pukul h4ntuk kepala di dinding

Aku buat macam – macam supaya mak suka aku. Tapi tetap tak berjaya. Nenek dah meninggal ketika aku form 4. Ingatkan, mak akan elok dengan aku lepas nenek dah tiada tapi m4kin teruk.Aku siap pernah kena ludah dengan mak di muka.

Aku ingat lagi ayat dia “meny4mpah aku tengok muka”. Malam tu, aku nangis sampai bengk4k mata.Masa tu form 2 dan sedang cuti sekolah. Sebabnya, aku masak sotong dan udang dalam peti ais.Rupanya, mak dah plan lauk lain untuk sotong udang tu.

Aku nak tanya mak, nak masak apa untuk dinner? Aku tahu nanti kena m4ki lagi “eh celaka tu pun nak tanya aku?!”.Aku penat . Jadi sampai sekarang sejak habis ijazah, memang aku tak jenguk muka dah.

Pakcik makcik tahu kisah aku ni, tapi mak kaki lawan. Siapa je tak kenal mulut lancang mak. Walau orang lain cakap lembut pun, memang akan kena herdik dengan mak. Waktu pandemik ni, dapat tahu dari sepupu mak tak sihat siap kena admit hospital.Aku risau sangat tapi tak lepas jenguk mak. Beberapa malam lepas, aku pelik mak call. Berdebar nak angkat. Aku berbual dengan mak tapi rasa kekok teramat. Mak straight to the p0int dan minta aku berhenti kerja dan jaga dia di rumah.

Aku tersenyum tawar. Aku kata, “kakak tak boleh berhenti kerja sekarang sebab susah nak cari kerja”.Mak naikkan suara dan ungkit dia besarkan aku susah payah, air susu, kos sebagainya. Tapi aku tak nak jaga dia?! Aku dicop anak derh4ka dan aku hanya dengar sahaja mak m4ki hamun aku dalam phone.

Aku rasa biasa, rasa tawar dan tak rasa sedih. Aku rasa itu semua sejak kecil dari belum baligh sampai dah masuk 20-an ni. M4ki hamun tu makanan hari – hari aku. Pergi sekolah lapar, balik sekolah pun lapar. Mak malas masak.

Selalunya mak akan bad mood kalau lepas berg4duh dengan papa. Dan mak akan lepaskan pada aku. Ter4jang t4mpar semua aku pernah hadap dan aku jarang menangis. Entahlah… tak tahu nak fikir apa. Sebab tu aku ucap “maafkan kakak mak” sebelum mak mdtikan call.

Maafkan aku, sebab tak jadi anak lelaki yang mak amat harapkan dan maaf sebab jantina aku adalah perempuan. Kalau aku lelaki, mesti mak papa sayang aku macam sayang pada boy. Aku jadi malas nak berkahwin sebab tr4uma dengan apa yang aku hadapi sejak kecil.

Baik aku bujang dan bahagia. Aku tengok papa gagal jadi ayah yang baik serta mak gagal jadi ibu yang baik. Kita tak boleh pilih siapa ibu bapa kita. Maka aku pilih untuk sayangkan diri sendiri. Love yourself. Sebenarnya, banyak lagi kisah sedih aku hadapi sejak kecil tapi kalau tulis semua, boleh jadi 1 novel.

Maaflah kalau ada yang rasa ni cerita rekaan. Sebab rasa macam eh yeke ada keluarga macam ni??Aku harap semua dalam keadaan baik – baik sahaja. Oh, aku dah berjaya selesaikan hutang pada papa. Rasa bebas! Alhamdulillah.. Take care semua. Ingat Allah selalu. – Fatin (Bukan nama sebenar)

Post Berkaitan

Leave a Reply