Ya Allah siapa sangka mereka membuat penyapu lidi untuk dijual dengan hanya RM0.30 sen seikat penyapu lidi untuk menyara hidup mereka supaya dapat membeli makanan.
Malah mereka tidak mempunyai ibu bapa, 3 beradik anak yatim piatu ini terpaksa berjuang dengan sendiri demi meneruskan hidup mereka.
Namun dalam masa seminggu mereka hanya mampu buat 20 ikat sahaja. Bermaksud dalam seminggu mereka hanya mendapat kumpulkan duit sebanyak RM6 sahaja.
Ayah mereka pula telah meninggal dunia pada 2 tahun yang lepas dan manakala ibu mereka pula sudah lama meninggal dunia.
Adik beradik ini tinggal di sebuah rumah peninggalan ibu bapa nya yang kini makin hampir rosak dan tidak lagi tahan lama.
“Begitu pilu, saya sampai terdiam melihat keadaan 3 yatim piatu ini, tidak terbayang dengan keadaan mereka harus bertahan hidup sendiri, sedihnya mereka selalunya makan hanya sekali sehari, kerana itu saja kemampuan mereka.” kata penjaga Rumah yatim piatu.
Anak sulung iaitu Fatawati daripada 3 beradik itu terkadang ketikak beliau ke sekolah sanggup membawa adiknya juga kerana tidak ada orang yang mengurus Aizil dirumah kerana Aeni juga bersekolah.
Ketiga mereka itu sering pergi ke hutan dengan jalan yang amat curam semata untuk mengambil daun sawit untuk dijadikan penyapu.
Tiga beradik ini tinggal di Indonesia, marilah kita doakan agar anak-anak ini diberikan perlindungan Allah dan sentiasa dimurahkan rezeki, Aamiin.