Anak tak pandai nak bersyukur! Tak Puas Hati Ibu Bapa Hadiahkan Kereta BMW Dan Mahukan Kereta lagi Mahal, Anak Sanggup Buang Kereta Ke Sungai. Seorang pemuda sanggup membuang kereta BMW M3 yang dihadiahkan oleh ibu bapa sempena hari kelahirannya gara-gara tidak berpuas hati dengan kereta BMW tersebut dan mahukan kereta yang lebih mahal iaitu kereta Jaguar.
Bagaimana perasaan anda jika anda dihadiahkan oleh ibu bapa anda kereta BMW M3 pada hari ulang tahun? gembira dan teruja semestinya. Tetapi tidak bagi seorang lelaki di India ini.
Tanpa rasa bersalah, lelaki terbabit ‘membuang’ kereta BMW M3 yang diterima sempena ulang tahun kelahirannya ke dalam sungai.
Tidak hairan, klip video tersebut segera tular dan ramai mengecam tindakannya yang disifatkan sebagai tidak tahu bersyukur. Ya, bagai tanpa rasa syukur, anak lelaki tuan tanah tempatan itu mahu kereta yang baginya lebih hebat, iaitu kereta Jaguar.
Menurut Daily Mail, Akash dari Haryana dipercayai bertindak demikian disebabkan tidak puas hati kerana tidak dihadiahkan kereta Jaguar oleh ibu bapanya.
“Sebagai tanda protes, dia menolak kereta tersebut ke dalam sungai,” kata laporan itu. Difahamkan, harga sebuah kereta BMW ialah kira-kira RM206,167, manakala Jaguar adalah lebih mahal dan mencecah kira-kira RM294,521.