Tidak semua manusia berada dalam keadaan beruntung dan mampu untuk kecapi kehidupan yang sempurna. Ini akan menjadi sebab utama kita mesti tetap dan konsisten untuk kuat dan bersemangat untuk meneruskan kehidupan dengan pelbagai dugaan dan rintangan dari Yang Maha Esa.
Kisah seorang anggota polis ini boleh dijadikan contoh dan inspirasi dimana dia tetap kuat dan bersemangat menjalani kehidupan hariannya walaupun tidak mempunyai kaki. Seharian dia menjalankan tigasnya sebagai polis mengabdikan dirinya untuk negara.
Bahkan dia sedar dan amat berbesar hati serta berlapang dada menerima sedia ada dirinya yang merupakan seorang ketua keluarga.
Tetap Semangat Bertugas
Seorang anggota polis baru-baru ini telah mencuri perhatian masyarakat dan menjadi Viral sejak videonya tersebar ke serata media sosial. Dalam video tersebut, kita boleh melihat bahawa pegawai polis ini hidup tanpa kedua kakinya.
Hal ini terungkap saat isterinya dengan akaun TikTok @rerehendrik80, memuatnaik video suaminya yang merupakan seorang pegawai polis bersemangat menjalankan tugasnya. Beliau memiliki hati yang begitu besar, terlihat semangatnya dalam menjalankan tugas.
Seakan tidak lagi memperdulikan kekurangan yang dimiliki, dia tetap sabar mengabdikan diri kepada negara. Semangatnya terus membara seolah tidak pernah mengenal penat lelah dalam menjalankan tugasnya.
“Tetap semangat jangan pernah menyerah love u,” tulis isteri pada caption seraya memberikan semangat kepada suaminya dengan menyematkan sekali emoticon tanda cinta.
Bertugas di Atas Kursi Roda
Dalam menjalankan tugas dan melakukan segala kegiatan dalam tugasnya, pegawai polis ini dibantu oleh kerusi roda. Dia pula nampak sudah biasa dalam menggunakan alat bantu kerusi roda tersebut.
Dia perlu membawa dan menggunakan kerusi roda tersebut demi memudahkan pergerakannya dipejabat. Dalam perkongsian video ini juga, pegaawai polis ini tetap nampak gagah dengan mengenakan pakai seragam polis yang segak dan terhormat.
Tetap berjuang dan bersemangat meski bergerak menggunakan kerusi roda, dia sudah semestinya menjadi seorang pahlawan bagi keluarganya. Kisah anggota polii ini mengingatkan kita bahawa dalam menjalani hidup kita seharusnya lebih banyak bersyukur.
Kisah Anggota polis ini menjadi inspirasi setelah video perkongsian isterinya menjadi viral.