Penemuan binatang gergasi melingkar ini membuatkan perkerja tapak terkejut hampir pengsan, Spesis apa agaknya!!

Gempar apabila penemuan dua emor ular sawa yang bersaiz besar di sebuah tapak pembinaan di Kampung Nangka, Marang. Ular yang pertama seberat 250 kg dan panjangya 5.79 meter ditemukan pada jam 1.55 tengah hari manakala yang kedua seberat 100kg.

APM terpaksa menggunakan jentolak bagi memindahkan ular sawa tersebut. Menerusi Pegawai APM Daerah Marang Leftenan (PA) Mujahid Abd Wahab, ular sawa tersebut ditemui oleh salah seorang pekerja yang sedang menggali tanah menggunakan jentolah di lokasi berikut.

“Kita mengambil masa 25 minit untuk menangkap dan memindahkannya ke dalam lori APM menggunakan jentolak dengan bantuan orang awam.

“Kita sekali lagi menerima panggilan daripada individu sama pada 3.23 petang memaklumkan menemui seekor lagi ulaar sawa batik di kawasan sama.

“Reptilia kedua yang ditangkap ini lebih kecil berbanding ular yang pertama dan kita mengambil masa kira-kira 20 minit untuk menangkap ular seberat 100 kilogram dengan panjang 4.27 meter itu,”

Menurut infoyang diberi, difahamkan ular tersebut tidak akan dipindahkan ke Taman Rekreasi dan Zoo Kemaman sebaliknya akan diberi kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu dalam masa yang terdekat.

“Sama ada ia diserahkan ke Taman Rekreasi dan Zoo Kemaman atau dilepaskan ke habitat asal semuanya akan diputuskan Perhilitan,” ujar Pegawai APM Daerah Marang Leftenan (PA) Mujahid Abd Wahab.

Rata-rata warganet rasa simpati atad kedua ular itu kerana terpaksa dipindahkan namun mereka faham atas faktor keselamatan yang lebih penting.

Post Berkaitan

Leave a Reply