Adakah anda pencinta kucing dan mempunyai banyak kucing? Atau rakan anda mempunyai kucing yang banyak? Pasti anda akan dapat lihat persamaan pada mereka-mereka yang pencinta kucing ini, kan? Mereka lebih ceria, tenang dan manja, betul tak?
Kucing sememangnya terkenal dengan kelebihan mereka iaitu sangat comel dan manja. Mereka juga mempunyai perwatakan yang sangat kelakar dan menghiburkan yang mampu menceriakan sesiapa sahaja.
Satu perkongsian video menarik telah sempat dirakam oleh seorang pengguna fesbuk ini yang terjumpa seekor anak kucing comel yang masih lagi sangat kecil didalam semak dalam hutan. Nasib baik pengguna fesbuk ini tidak terlanggar atau terpijak anak kucing comel tersebut memandangkan pada waktu itu keadaan waktu malam adalah sangat gelap. Sayup sahaja kedengara suara anak kucing dtang entah dari mana.
Video ini sehingga kini mendapat lebih kurang 250 tontonan.