Selepas 30 Tahun Menghilang kini Perkampungan Itu Seperti “Kampung Berhantu”

Terdapat sebuah perkampungan di Aceredo Di Sepanyol, yang sebelum ni di kira lenyap dan telah hilang selama 30 tahun oleh kerana pembinaan empangan, kini dapat juga dilihat semula apabilia selepas air empangan turun mendadak selapas musim kemarau. Menerusi Mirror UK pada 19 Februari 2022, melaporkan kawasan kampung yang tenggelam itu telah dapat dilihat semua selepas kawasan berkenaan tidak lagi dilanda hujan selama hampir 2 bulan.

Ia bukanlah satu yang luar biasa untuk melihat bumbung bangunandi permukaan empangan Lindoso di barat laut Sepanyol itu. Mala, penduduk tempatat juga dapat melihat kereta  berkarat dan jalan lama. Ketika musim kemarau, yang yang telah lama tenggelam itu muncul semula selepas ditenggelami 30 tahun lalu selepas pembinaan empangan hidroelektrik yang menyebabkan kampung tersebut tenggelam.

Bagaimanapun, kini adalah musim sejuk, tetapi hampir keseluruhan kawasan kampung itu dapat dilihat.

Kapasiti air empangan itu pada masa ini hanya 15 peratus. Ia sekali gus mendedahkan bangunan dan struktur di kampung itu dengan sebahagian bumbung runtuh, batu bata dan serpihan kayu bertaburan di sekeliling.

“Saya pernah pergi ke bar bersama rakan-rakan selepas pulang dari memancing, seluruh tempat ini dahulunya adalah ladang anggur, pokok oren dan semuanya hijau..ia cantik,” kata Jos Luis Penn, yang kini berusia 72 tahun.

Penduduk tempatan berkata adalah luar biasa untuk melihat kampung yang tenggelam semasa musim sejuk yang basah. – Foto REUTERS.

Orang yang tinggal di kampung Aceredo telah diarah berpindah dari rumah mereka pada tahun 1992 untuk pembinaan empangan. – Foto AFP/Getty Images.

Salah satu rumah di perkampungan Aceredo yang telah ditenggelami air pada tahun 1992. – Foto REUTERS.

Post Berkaitan

Leave a Reply