“Semua boleh buat”Netizen kagum Rita Rudaini gigih DIY surau sendiri

Bulan Ramadan adalah bulan bagi semua umat Islam mengejar pahala dan mengerjakan amal ibadah.

Waktu siang diluangkan dengan bekerja manakala waktu malam pula dipenuhi dengan ibadah sunat seperti menunaikan solat tarawih, membaca al-Quran serta Qiamullail.

Sama ada di rumah atau masjid, masing-masing mempunyai pilihan sendiri dalam menunaikan ibadah kepada Allah SWT.

Bagi individu yang selesa beribadah di rumah, sudah tentu ada memasang impian untuk memiliki ruang beribadah khas di rumah, bukan?

Begitulah seperti yang dilakukan oleh selebriti jelita Rita Rudaini di mana menyediakan surau khas untuk beribadah di rumahnya.

ADVERTISEMENT

Namun, apa yang hebatnya tentang pemilik nama Rita Rudaini Mokhtar itu ialah dia telah menyiapkan suraunya sendiri secara DIY tanpa bantuan sesiapa pun!

Projek DIY surau Rita Rudaini
Menerusi perkongsian di laman sosial Instagram, pelakon berusia 45 tahun itu berkongsi usahanya itu kepada pengikutnya beserta sekeping gambar.

“Sisturr siapkan mini surau untuk kami anak-beranak belajar mengaji, solat, baca Quran dan dengar ceramah ustaz dalam YouTube.
“Sisturr cat balik bilik ni.. Dulu bilik tamu.. Lepas tu jadi bilik study, sekarang jadi mini surau’,” jelasnya.
Di samping itu, Rita berkongsi beberapa video memaparkan dirinya sedang gigih mengecat dan mengubah suai sebuah bilik di rumahnya untuk dijadikan tempat mini surau.

“Abaikan seluar sisturr. Terduduk ataih cat…ni la hobi sisturrr.. Perempuan lain sibuk cat muka.. Sisturr sibuk cat dinding,” tulisnya lagi.
Biarpun semua kerja itu dilakukannya sendirian, bintang drama Shah Alam 40K itu tetap ceria dan bertenaga di samping menyatakan mengecat rumah merupakan satu hobi baginya.

Semua benda dia pandai.. Hebat!
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikut meluahkan rasa kagum dengan kegigihan dan idea kreatif wanita bergelar ibu tunggal itu.

Bangga tengok Rita

Respect Rita, semua benda buat sendiri

Ibu tunggal je tahu kesukaran bergelar ibu tunggal


Hebat semoga menjemput barakah

Terdahulu, Rita mendirikan rumah tangga bersama pemain bola sepak negara, Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak.

Namun jodoh mereka tidak berpanjangan setelah bercerai pada tahun 2013.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki diberi nama Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna.

Post Berkaitan

Leave a Reply