Suami bawa balik “Kucing Kurang Upaya (KKU)”. Pernah m4ki, terbaling walau sayang… Tapi sangat percaya rezeki bela kucing.

Kehadiran seekor kucing yang diberi nama Momot banyak membuka mata wanita ini erti sebenar kesabaran.

Menurut Siti Azila Alias, kucing kelainan upaya (KKU) itu ditemui dalam situasi ny4wa-ny4wa ikan di dalam longkang.

Beliau pada awalnya berat hati untuk menerima kehadiran Momot, namun tetap membela haiwan itu selepas ia dibawa pulang oleh suaminya Mohd Shahril Ahmad.

“Suami saya suka bagi makan kucing di bawah blok kediaman kami. Momot salah seekor kucing yang ada di kawasan itu. Pada suatu hari, kelibat si Momot tidak kelihatan. Tak tahu macam mana tuhan nak bagi jumpa, suami nampak Momot di dalam longkang.

“Suami saya fikir Momot dah m4t1, dengan perut kembung, ia kelihatan tidak bergerak. Bila pergi dekat, tengok matanya berkelip. Suami angkat dan basuh Momot, memang bau longkang. Rupa-rupanya Momot digigit 4njing.

“Bila suami bawa balik ke rumah, saya berat hati pada awalnya untuk terima. Ketika itu kami sudah ada sembilan ekor kucing. Ketika bawa di klinik haiwan, doktor sahkan yang Momot tengah bunting tapi ia dah keguguran. Anaknya m4ti dalam perut selepas ‘dikok4k’ anjing.

“Dalam keadaan macam tu, saya terima juga Momot dan saya sudah mula membelanya. Selain Momot, ada lagi seekor KKU di rumah saya,” ujar wartawan sambila yang senang disapa Zila itu.

10 ekor kucing yang dibela pasangan itu.

Menurut wanita yang menetap di Seremban, Negeri Sembilan. Kesabarannya pernah juga teruji sehingga dia secara tidak sengaja mengeluarkan kata-kata yang tidak sepatutnya terhadap Momot.

Namun kata Zila, dia menyes4li kejadian itu dan mengambil apa yang berlaku sebagai iktibar dan berazam tidak mengulanginya pada masa akan datang.

“Saya berhadapan banyak cabaran. Nak uruskan rumah tangga, uruskan kucing lagi. Selain Momot, ada seekor lagi kucing KKU iaitu Tora yang pernah kena potong perut sebelum ini. Jadi, Momot dan Tora perlu memakai lampin.

“Ada suatu hari, saya terlalu penat mental dan fizikal. Pada waktu itu saya tengah nak potong kuku Momot, kemudian ia c4k4r saya. Jadi saya terbaling dia ke tepi. Saya cakap taknak bela Momot. Momot macam terkejut, terus suami ambil dan peluk Momot.

Bersabarlah dalam menjaga mereka InsyaAllah mereka pun sentiasa mendoakan kita. Kucing Jalanan pun berhak mendapat kasih sayang.

-Zila

“Saya tahu benda seperti itu tidak sepatutnya berlaku. Saya bangun dan pergi menangis di dapur. Saya tenangkan fikiran, lepas tu saya pergi dekat Momot, dukung dan minta maaf. Saya kata saya sayang momot dunia akhir4t. Momot pun seekor kucing. Ia tidak faham apa-apa. Momot kucing yang baik, cuma kadang-kala ada perangai nakal, tapi Momot kucing yang bijak.

“Setiap hari dua kali Momot kena tukar pampers. Momot perlu dibantu untuk lawaskan kenclng. Walaupun dah kenclng dalam pampers, tapi saya perlu picit pundi untuk keluarkan saki baki air kenclngnya setiap hari,” ujar Zila lagi.

Menurut Zila, dia berasa r3zekinya semakin mencurah-curah selepas kehadiran Momot, malah tidak kisah berbel4nja hampir RM1,000 setiap bulan untuk kesemua kucingnya.

Kata Zila lagi, dia juga menganggap kehadiran kucing-kucing di rumahnya sebagai latihan sebelum dia dikurniakan r3zeki cahaya mata suatu hari nanti.

Zila dan suami sudah tiga tahun mendirikan rumah tangga.

“Alhamdulillah. Kehldupan kami sederhana saja, tapi rezeki sentiasa rasa cukup. Memang banyak kos, tambahan pula ada kucing yang perlu pakai pampers. Tapi kami tak kisah. Saya anggap macam kami yang tumpang rezeki kucing.

“Lagi banyak kita keluarkan, lagi banyak tuhan bagi. Momot tu banyak bawa r3zeki. Saya buat kuih part-time, sejak Momot ada, ada je r3zeki masuk untuk kami.

“Kami juga dah tiga tahun berkahwin tapi belum ada r3zeki cahaya mata. Ada orang cakap kami tak dapat anak sebab bela kucing. Pada saya, itu semua ketentuan Allah. Jadi kami pun tak ambil pusing.

“Mungkin Allah bagi peluang untuk saya jaga Momot dan kucing-kucing lain dulu. Kucing pun macam bayi. Mungkin satu hari nanti Allah akan bagi r3zeki cahaya mata kepada kami,” ujarnya.

Kehadiran si bulus banyak membawa r3zeki buat Zila dan suaminya.

Akhir bicara, Zila dan suaminya, masing-maisng berusia 37 tahun, turut berdoa agar dipanjangkan umur kerana risau dengan nasib kesemua kucing di rumah mereka.

Malah kata Zila, dia kagum dengan ketabahan pemilik KKU yang lain dan menganggap mereka semua sebagai insan terpilih.

“Kami selalu doa Allah panjangkan umur kami dan biarlah ‘budak-budak’ ni pergi dulu. Sebab kalau kami pergi dulu, siapa nak jaga mereka especially Momot dengan Tora. Selalu risau benda ni.

“Satu lagi, kepada cat parents yang ada bela KKU, anda semua insan yang hebat. Ada sebab Allah pilih kita untuk jaga kucing-kucing ini.

“Bersabarlah dalam menjaga mereka insyaAllah mereka pun sentiasa mendoakan kita. Kucing jalanan pun berhak dapat kasih sayang,” ujarnya lagi.

Post Berkaitan

Leave a Reply