Terkejut Lepas Diserg4h, Aksi Kucing ‘Balas Dend4m’ Pada Tuannya Ini Buat Ramai Terhibur

Bila dah namanya kucing, pasti akan ada saja situasi yang melucukan berlaku walaupun ketika haiwan comel itu berada dalam keadaan mar4h. Tanpanya, rumah mungkin akan bertukar sunyi sepi dan mungkin sudah tidak ceria lagi.

Bercakap mengenai kucing, baru-baru ini tul4r satu video yang memaparkan detik-detik lucu seekor kucing yang cuba untuk ‘membalas dend4m’ terhadap tuannya.

Menerusi video itu, si bulus tersebut terlebih dahulu dilihat telah diserg4h oleh tuannya ketika sedang menuruni tangga sehingga membuatkannya terkejut dan melompat.

Tidak lama selepas itu, ia dipercayai meniru aksi tuannya dengan melakukan hal yang sama tetapi nampaknya misi ‘balas dend4mnya’ itu tidak terlalu berjaya kerana tuannya dilihat sudah menjangkakan ‘ser4ngan’ itu.

Sehingga kini, video yang dimuatnaik di Twitt3r itu telah mendapat sebanyak 244.3 ribu tontonan. Rata-rata warganet terhibur melihat telatah kucing itu.

 

Post Berkaitan

Leave a Reply