[VIDEO] ‘Ku fikirkan makanan, rupanya di umpan,’ Reaksi Kucing Pasrah Dimandikan Buat Netizen Terhibur

Pemilik kucing tentunya tahu untuk mandikan kucing bukanlah satu tugas yang mudah lagi-lagi jika anda mempunyai kucing yang sangat agresif dan takut pada air.
Namun berbeza pula dengan telatah seekor kucing ini yang begitu baik semasa dimandikan oleh pemiliknya ini.

Walaupun kelihatan berkelakuan baik, namun warganet turut tercuit hati melihat reaksi wajahnya yang seakan-akan menahan sabar apabila dia ditipu oleh pemiliknya sebelum ini.

Baca ini; Kerap Mandikan Kucing? Ketahui Bilakah Waktu Sesuai Si Meow Dimandikan

Video tersebut juga tular dikongsikan apabila ianya meraih lebih tiga juta tontonan setakat ini.

Di dalam video yang dikongsikan ini, kucing itu dilihat berada dalam keadaan duduk sambil dibasahi dengan shower di dalam bilik air.

Menurut pemiliknya, pada awalnya dia membawa bekas makanan mengandungi makanan kucing untuk mengumpan kucingnya itu.

Rupa-rupanya itu adalah taktik untuk membawa kucing itu ke dalam bilik air tanpa si meow menyedarinya.

Kucing yang naif itu kemudian masuk ke dalam bilik air itu dan disebabkan itulah muka terlihat begitu pasrah kerana rasa ditipu oleh pemiliknya.

Di umpan dengan Whiskas

Lebih melucukan, kucing itu kekal duduk diam dengan reaksi wajahnya yang seolah-olah tidak berpuas hati dengan apa yang berlaku.

Dalam masa yang sama, warganet turut memuji gelagat kucing itu yang tenang tidak seperti kucing yang lain.

Jangan lupa like share dan komen. Terima kasih

Post Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *