DHAKA: Ribuan pekerja warga Bangladesh dari Malaysia yang terkandas di negara asal akibat C0VlD-19 mengadakan tunjuk perasaan di hadapan Kementerian Luar di Dhaka menuntut bantuan kerajaan bagi kembali bekerja di Malaysia
Difahamkan, mereka pulang ke negara asal untuk bercuti dan tidak dapat kembali ke Malaysia akibat pendemik v!rus yang memaksa kebanyakan negara menutup sempadannya.

Visa sebahagian besar pekerja terbabit sudah tamat tempoh, menyebabkan mereka menghadapi kesukaran untuk kembali ke Malaysia.
Dianggarkan terdapat lebih 25,000 pekerja Bangladesh dari Malaysia kini terkandas di negara asal sejak penularan pandemik C0VlD-19.

Justeru, mereka menggesa kerajaan campur tangan dan membantu mereka menyelesaikan isu dokumen perjalanan bagi membolehkan mereka kembali ke tempat kerja di Malaysia.
Setiausaha Luar, Masud Momen, ketika bercakap dengan penunjuk perasaan, memberi jaminan kerajaan Bangladesh akan berbincang dengan Malaysia bagi menyelesaikan masalah mereka.
Seorang pekerja, Md Mohiuddin, memberitahu akhbar New Age bahawa beliau pulang ke Bangladesh pada 28 Januari dan sepatutnya kembali ke Malaysia pada 6 Mei tetapi tidak dapat berbuat demikian akibat C0VlD-19.

Katanya, visanya tamat tempoh 6 Mei lalu dan kini tidak pasti sama ada dapat kembali ke Malaysia, sama seperti 20 lagi pekerja di perkampungannya di Taltali, Barguna.
Katanya, tanpa campur tangan kerajaan, usaha mereka untuk kembali ke Malaysia tidak mungkin berjaya.
Mereka juga menuntut kerajaan menyediakan dana bantuan kewangan kerana tiada pekerjaan selama lebih tujuh bulan.
Sebagai rakyat Malaysia kami memohon agar mengekang kemasukan mereka kerana khuatir atas 2 perkara. Kami tak mahu akan ada cluster pekerja Bangladesh dan kotaraya dipenuhi oleh mereka
Antara lokasi ‘panas’ kebanjiran warga asing ialah pusat beli-belah Kuala Lumpur City Centre (KLCC), Kota Raya, Pasar Seni dan kawasan sekitar Bukit Bintang.
Bagaimanapun, kebanjiran warga asing turut menimbulkan masalah kebersihan apabila tindakan mencemari kawasan sekitar merimaskan oleh mereka yang melepak secara berkumpulan.
Seorang rakyat Malaysia, Nur Habib Hasinuddin, 42, berkata warga asing terlalu ramai yang berkunjung ke ibu kota sehingga masyarakat tempatan pula khuatir untuk bersiar-siar.
“Kita pula yang takut untuk keluar kerana mereka (warga asing) lebih ramai daripada kita,” kata juruteknik kilang itu ketika ditemui di KLCC.
Kredit : BH