Tragedi pembuangan anak kini seperti menjadi satu perkara yang mungkin sudah biasa kita dengar kerana ianya selalu terjadi. ia seperti sudah menjadi berleluasa kerana kita pun sudah lali mendengarnya. Apabila terdengar je berita mengenai pembuangan bayi, mesti hati kita rasa sedih dan hati terdetik tertanya-tanya, siapakah yang tergamak membuangnya dan apakah nasib bayi tersebut.
Terdapat kalangan manusia yang membunuh serta membuang anak-anak mereka disebabkan takut miskin dan tidak cukup untuk makan. Tetapi ini bukanlah satu alasan tepat hanya untuk dijadikan sebab untuk membernarkan buang bayi apatah lagi membuang bayi adalah satu kesalahan.
Apa yang berlaku ini menunjukkan trend buang bayi masih berleluasa walaupun pelbagai cara dilakukan untuk menangani jenayah itu dan si pelaku terutamanya dalam kalangan remaja, seperti tidak takut dengan perbuatan kejam mereka.
Ingatkan apa benda yang dalam plastik. Sebab tak dapat jelas. Bila tengok dekat-dekat tak nampak apa. Ha sekali dah buka tengok lah tu apa benda, yaAllah kejam lah manusia macam ni. Dah pandai buat tak reti nak jaga. Dah lah buat dosa, bila kau buat macam ni. Lagi lah tambah dosa kau. Cukup-cukup lah tu buat dosa. Tak sayang ke anak yang kau ngandung 9bulan 10hari.
Korang yang dah dapat anak tu. Jaga lah leklok. Tak semua orang dapat merasa kan ada anak di atas dunia ni.
Jangan lupa like share komen. Terima kasih!