Video – 2 budak ini dijuluki dengan Googgle Alquran Boy. Luarbiasa kerana mampu menjawab Ayat, Surah serta Terjemahannya.

Kedua-dua anak y4tim ini dikurniakan kehebatan yang luar biasa oleh Allah SWT, iaitu dapat menghafal ayat-ayat Al-Quran dan terjemahannya. Sehingga diberi gelaran ‘Googgle Al-Quran’. Mereka menuntut ilmu dari Sekolah Berasrama Islam Muttaqin di Yogyakarta, Indonesia.

Mereka berdua mempunyai ciri-ciri luar biasa, mereka dapat mengetahui setiap ayat dalam Al-Quran. Ahmad dan Kamil dapat menghafal setiap halaman dan urutan dalam Al-Quran dengan baik.

Ketika mereka baru berusia 11 tahun, mereka telah memenangi banyak pertandingan menghafal Al-Quran, baik di peringkat nasional dan antarabangsa. Ahmad dan Kamil telah menghafal 30 juzuk dalam Al-Quran serta terjemahannya.

Menariknya, mereka juga telah menghafal terjemahan Al-Quran dalam bahasa Inggeris dan Mandarin.

Bercerita tentang pencapaian mereka, anak muda ini pernah menyertai Pertandingan Menghafal Al-Quran Antarabangsa Moscow (MTQ) ke-19. Dalam acara MTQ Antarabangsa, mereka menunjukkan kehebatan dalam kategori hafiz atau hafalan.

Ketika Muhammad Ghozali Akbar dan Kamil Ramadhan muncul, ramai penonton menangis tatkala mendengar alunan merdu suara mereka.

Lebih menarik, bukan hanya pandai menghafal Al-Quran, mereka juga menghafal nombor ayat, nombor halaman al-Quran dan juga susunan baris yang dibaca.

Ahmad pernah memenangi tempat pertama dan Kamil memenangi tempat ketiga pada pertandingan Hafiz Indonesia 2017.

Pada pertandingan Hafiz Antarabangsa 2018 di Jeddah, Ahmad memenangi tempat ketiga dan Kamil menduduki tempat keenam.

Sebelum ini, kisah anak muda ini tersebar dan menarik perhatian dunia kerana memiliki bakat semula jadi menghafal al-Quran sekali dengan terjemahan.

Pada akhir acara MTQ Antarabangsa Moscow ke-19, Ahmad dan Kamil menerima banyak ucapan tahniah dari para hadirin yang menghampirinya.

Saya begitu terharu dan kagum, beberapa orang memberi sedekah kepada dua hafiz Indonesia, dan ada juga yang ingin membeli pakaian.

Post Berkaitan

Leave a Reply