Video – Detik-detik Abang penghantar disergah anjing, boleh pulak kawan gelakkan aje.

Seorang pekerja kurier mengalami detik ceemas apabila disalak dua ekor anjing serentak – di dalam dan luar pagar rumah pelanggan.

Dalam video dikongsikan Zulhelmee Mazzamudin di Fesbuk, pemuda berseragam merah itu dilihat sedang berurusan dengan seorang wanita di sebuah rumah.

Dia kelihatan tenang pada awalnya biarpun disalak anjing dari sebalik pagar, hinggalah ketika dia ingin kembali ke van.

Secara tiba-tiba, seekor lagi anjing lain muncul dan menyalak kepada pemuda itu, membuatkannya paniik.

Ceemas dan gelabah, pemuda itu kemudiannya terus memanjat pagar rumah berkenaan ditemani hilai tawa rakannya yang berada di dalam van.

Melihat pemuda yang ‘tersangkut’ di atas pagar, tuan rumah kemudiannya membantu menghaalau anjing di luar.

Video tersebut kemudian turut dimuat naik oleh individu lain di laman fesbuk yang mengundang tawa warganet yang terhibur dengan aksi si penghantar barang dan tak kurang juga yang terhibur mendengar rakannya terbahak ketawa.

Tangkas gila panjat pagar

Kawan, gelak dulu baru tolong

Yang gelak tu, anjing masuk van baru tahu

Jom tonton video di bawah.

Aksi Bila ko taakut anjing

Bila Aksi Beraani Sangat Dengan Anjing

Leave a Reply

Your email address will not be published.