viral gambar berpelukan, BCL Dan Ariel Noah Dikatakan Sedang Bercinta?

Seperti yang kita semua sedia maklum, Ariel Noah dan Bunga Citra Lestari memang rapat sejak dari dulu lagi dan oleh kerena mereka berdua sering terlibat dalam menghasilkan karya bersama, baru-baru ini kedua-duanya telah digosipkan menjalinkan hubungan istimewa.

Malah ada juga sekeping foto yang memperlihatkan BCL memeluk Ariel dari belakang. Foto yang dimuatnaik oleh akaun Instagram @r_cutha2 itu telah menjadi topik perbincangan para netizen. Rata-rata mereka membuat spekulasi yang kedua-dua selebriti terkenal itu dikatakan sedang hangat bercinta.

Menurut sumber, kedua-dua selebriti ini kelihatan mesra dan BCL juga dilihat begitu selesa bersandar di bahu vokalis kumpulan NOAH itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published.