Byar zkat sejak 10 tahun lalu lel4ki ini ingin b4ntu 0rang sus4h dengan tun4i t4nggungjwb
Kini bulan mulia Ramadhan telah tiba dan disambut baik oleh sekalian umat islam. Mana tak nya, di surau dan masjid kelihatan penuh walau ada SOP yang telah ditetapkan.
Ramai yang berebut dalam beribadah berikutan pintu syurga yang terbuka luas dan pintu neraka ditutup manakala syaitan-syaitan dibelenggu.
Walau bagaimanapun, pada bulan Ramadan ini, bukan hanya orang Islam sahaja yang berpuasa, mereka yang bukan Islam turut sama-sama menahan lapar dan dahaga demi merasai sendiri nikmat berpuasa disamping dapat menjaga kesihatan badan.
Selain melaksanakan ibadah berpuasa di bulan Ramadan, umat Islam juga diwajibkan membayar zakat bagi memenuhi rukun Islam yang telah ditetapkan dalam agama.
Zakat fitrah, sudah mula boleh dibayar mengikut kadar yang ditetapkan negeri masing-masing. Janganlah kita menunggu sampai penghujung ramadhan baru nak bayar. Ada masa dan waktu laksanakanlah secepat yang mungkin.
Tak hanya itu, ada juga sesetengah individu bukan Muslim turut sama membayar zakat dengan tujuan berkongsi rezeki mereka kepada semua masyarakat. Hal ini kerana pusat zakat tidak hanya menyalurkan kutipan zakat kepada orang Islam sahaja, tetapi turut kepada yang bukan Islam.
Bukan Islam tak miss bayar zakat
Menerusi laporan media, seorang lelaki bernama Chandramogan Jasingo yang juga seorang penganut agama Hindu telah membayar zakat fitrah setiap bulan Ramadan di Lembaga Zakat Negeri Kedah sejak 10 tahun lalu.
“Hidup saya dulu bukanlah senang sebab itu saya sangat faham macam mana kehidupan sebagai orang susah.”
“Saya juga dibesarkan di persekitaran budaya orang Melayu dan agama Islam, jadi agama Islam dan budaya orang Melayu bukan perkara asing dalam kehidupan kami sekeluarga,” ujar Chandra kepada siaran media.
Bayar zakat sejak 10 tahun lalu, lelaki non-muslim ini ingin bantu orang susah dengan tunai ‘tanggungjawab’
Semua agama ajar tentang kebaikkan
Mesra disapa Chandra, lelaki berusia 40 tahun itu mengakui kehidupannya susah pada masa lalu membuatkan dirinya terpanggil untuk terus membantu orang lain dan perkara tersebut menjadi titik permulaan dirinya membayar zakat.
Selain daripada itu, pengurus di sebuah syarikat insurans ini juga memaklumkan pernah membaca banyak buku berkenaan agama dan kepercayaan. Kesemuanya mengajar untuk melakukan kebaikan tanpa sebarang prejudis.
“Saya juga baca apa yang terkandung dalam hadis dan saya rasa kesemuanya menyuruh kita untuk membantu orang yang susah.”
“Tidak rugi kalau kita berbuat baik atau tolong orang lain… percayalah Tuhan akan menambah rezeki kita dalam setiap sedekah, derma atau bantuan kita pada orang lain, yakinlah,” ulas Chandra.
Bayar zakat sejak 10 tahun lalu, lelaki non-muslim ini ingin bantu orang susah dengan tunai ‘tanggungjawab’
Setiap rezeki kita ada rezeki orang lain
Dia juga memaklumkan bahawa menerusi pembacaannya, setiap orang tidak boleh bersikap sombong dengan apa yang diperoleh kerana setiap rezeki tak 100 peratus adalah milik kita.
“Kita kena ingat bahawa setiap rezeki yang kita perolehi itu bukan 100 peratus milik kita… di dalamnya ada bahagian hak orang lain.”
“Jadi jangan takbur dengan harta-harta yang kita ada, itu semua Tuhan bagi pinjam pada kita sahaja dan Dia akan ambil (bila-bila masa) jika Dia mahu,” kata Chandra
Bayar zakat sejak 10 tahun lalu, lelaki non-muslim ini ingin bantu orang susah dengan tunai ‘tanggungjawab’
Pernah hidup susah juga
Dalam pada itu, Chandra turut sempat mengenang kembali kisah perjalanan hidupnya yang pernah bekerja kilang dan hanya memakai kereta Proton Saga lama pada 10 tahun lalu.
Menurutnya, kereta tersebut pernah tersadai dalam tempoh waktu yang lama memandangkan dia tidak mempunyai wang untuk membeli minyak.
“Dulu saya kerja kilang selama 10 tahun, bawa kereta Proton Saga model 1985, kadang-kadang kereta tersadai di tepi jalan sebab saya tak mampu nak isi minyak,” Tambahnya lagi.
Bayar zakat sejak 10 tahun lalu, lelaki non-muslim ini ingin bantu orang susah dengan tunai ‘tanggungjawab’
Syukur diberi kesempatan bayar zakat lagi
Menerusi sumber juga, Chandra turut memaklumkan sangat bersyukur kerana pada tahun ini berkesempatan lagi untuk membayar zakat fitrah seperti tahun-tahun sebelumnya.
“Syukur Alhamdulillah masih bernyawa menunaikan tanggungjawab sebagai salah seorang umat di muka bumi,” ulasnya.