Eyra Hazali Surprise Ibu Bapa Dengan Proton X70

Eyra Hazali Hadi4hkan Ibu Bapa Proton X70
Oleh Farizan Zainal

Sudah lama menyimpan hasrat untuk memberi kereta yang besar dan selesa buat ibu bapanya, pelakon Eyra Hazali gembira mengh4diahkan kereta Proton X70 buat kedua orang tuanya.

Meluahkan rasa syukur hasratnya itu sudah pun tercapai, Eyra berkata hadiah itu adalah sebagai tanda menghargai jasa ibu bapanya yang membesarkan mereka tujuh beradik.

BACA: Eyra Hazali, Suami Pilih Nama Anak Muhammad Hayder Qhalish

“Selalu tertanya-tanya bilalah dapat belikan mummy dan ayah kereta yang lebih selesa. Siapa sangka, rezeki melimpah ruah pada awal tahun, Alhamdulillah dapat serahkan sendiri dekat ‘parents’.

“Hadi4h ini tak sebesar jasa mummy dan ayah bes4rkan kami 7 beradik, selagi ada kudrat, Eyra buat apa sahaja untuk senangkan ‘mummy’ dan ayah,” tulisya.

Selain memberlikan hadiah istimewa buat ibu bapanya, suami Eyra iaitu penjaga gol kelab bola sepak, Johor Darul Ta’azim (JDT), Haziq Nadzli turut membeli sebuah kereta baharu jenis Vellfire.

Eyra dan Haziq mendirikan rumah tangga pada 1 November 2019 dan dikurniakan cahaya mata lelaki, Muhammad Hayder Qhalish.

Jangan Berhutang Sangat, Nanti Susah Nak Bayar says:

Tahniah sebab hadiahkan mak dan ayah kamu kereta Proton X70.
Tapi masalahnya Hutang 9 tahun. Ingatkan beli tunai. Jangan nanti lepas 3 tahun, kereta kena tarik dengan bank sebab dah tak mampu nak bayar bulanan. Ramai artis yang kena tarik kereta dengan bank. Beli kereta mahal, sial masuk IG, berita, TV dan macam nacam media, kejayaan dalam hiduplah, hebat dalam lakonan nyanyian, konon beli tunai, 1-2 tahun kemudian nampak kereta tu tersadai kat bank yard. Kena tarik reposesor ruoanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published.