Selepas bert4rung ny4wa akibat sakit tua, seekor anjing K9 JSJ IPK Pahang bernama Bad telah mengh3mbuskan nafas terakhir pada Khamis, jam 3 petang.
Bad yang berumur 13 tahun 8 bulan iaitu bersamaan umur manusia 91 tahun, telah menabur khidmat bakti selama 10 tahun di K9 JSJ IPK Pahang. Anjing jantan spesis Labrado berasal daripada Jerman ini merupakan anjing yang pakar dalam pengesanan pelbagai jenis dadah di bawah jagaan K0peral Willen anak Slamping @ Sirampin.
Sepanjang perkhidmatannya, Bad telah berjaya menghasilkan dua kejayaan terbesar iaitu dalam menumpaskan sindik3t dad4h pada 2012 dan 2014.
Sebagai penghormatan terakhir kepada, Bad telah dis3madikan bersebelahan rakan seperjuangannya Tho yang telah meningg4l dunia pada 19 September 2020.
ASP Chia Che Chau, Pegawa1 Turus D6, JSJ IPK Pahang mewakili Ketua J4batan Siasat4n Jenay4h Pahang dan Insp. Nur Aishah binti A. Zulkefli, Pegawai D6 JSJ IPK Pahang bersama anggota K9, D6 JSJ IPK Pahang turut sama memberikan penghormatan terakhir kepada Bad.
Pada masa yang sama, Ketua J4batan Slasatan J3nayah Pahang, YDH SAC Mohd Yusri Othman mengumumkan bahawa pihak JSJ IPK Pahang akan merealisasikan “K9 Memorial Park” dengan menaik taraf kawasan tersebut yang kini telah menjadi tempat pers3madian dua ekor anjing K9 yang banyak berbakti untuk negara.