‘Aku Tak Ikhlas’-Suami Angkut Mak Mertua Duduk Sekali Dengan Kami, Aku Dah Rasa Macam Jadi Bibik Dirumah Sendiri.

Struggle is real guys.Lagi-lagi dimusim pandemik covid19.Masalah kewangan lah yang paling banyak berlaku dalam kalangan masyarakat kita hingga kan rumahtangga jadi tertekan.Suami isteri bergaduh berhari-hari dek kerana tak cukup utk menampung belanja sehrian.

Kisah ini diambil dari kisah benar yang dikongsikan oleh pembaca di halaman KRT.

Al kisah suami saya entah kenapa dia boleh bawa mak ayah nya dari kampung datang ke KL. Di awalan perancancan katanya saya dah beritahu, jangan di bawa orang tua datang ke sini. Elok2 dah duduk kampung, awak bawak ke sini kang kene C0vid-19 menyesal tak guna.

Tapi nasihat saya tak diendahkan.Kesudahanya saya stuck dengan mak ayah dia semunggu di rumah kami sendiri apabila RMO dikuatkuasakan.Dah macam ada RMO dalam rumah sendiri. Saya sepatutnya work from home jadi terbantut apabila mertua saya langsung tidak membantu.

Ingatkan boleh lah tolong tengok anak bila suami on call, eh tidak. Anak menangis pon saya yang handle. Di dapur pon langsung tidak menolong. Telefon tak lepas di tangan masing2. Tengok apa tak tahulah. Orang tua main facebook, aduhaiii r=teruk benar perangai.

Kalau tak main hp, tengok netflix takpon tidur. Maklumlah wifi percuma. Remote tv semacam dah jadi milik mereka sampaikan anak2 saya nak tengok kartun kesukaan pon tak dapat. Sedihnya rasa macam orang luar dalam rumah sendiri.

Bila saya dah siap masak, berpeluh2 hidang masing-masing laju meluru ke meja makan. Siap tanya,

“eh bukan ke hidangan ni dah dibuat 3 hari lepas”.

Allahu dalam hati saya, dah lauk tu je yang ada dalam peti sejuk. Saya masak untuk satu hari terus sekaliogus makan tengahari dan terus makan malam. Maksudnya hidangan tu banyak jadi pandai2 la berjimat untuk makan malam skli.

Sudahlah tidak menolong di dapur, pinggan mangkuk pon saya yang cuci, lauk makan malam pulak dihabiskan. Saya nak suap anak makan malam terkejut tengok takde langsung lauk tersisa.

Orang mungkin boleh cakap, apa susah masak saja lah lauk lain. Ya, memang boleh masak. Tapi takkanlah saya nak memasak lauk lain di waktu jam 8 malam tu. Masa tulah nak kupas sayur siang ikan ayam pulak ke? Kecewanya saya rasa. Saya sendiri pon tak dapat nak makan malam sebab kehabisan lauk. Suami tak tanya, saya dah makan ke belum. Yang dia tahu mak ayahnya ada sekali makan di meja bersamanya.

Suami pulak macam buat tak tahu , langsung tak fikir perasaan penat letih saya di dapur di rumah di bilik. Mak ayah dia bukanlah tua sangat. Saya masih menghormati mereka. Tapi kalau dah cawan minuman manis sendiri bersepah hadapan tv, dalam bilik, diatas meja makan, saya naik bosan. Nak dibiarkan nanti pulak anak-anak terpecahkan cawan. Keropok makan bersepah atas karpet sekadar dipandang macam itu je.

Allahuakhbar bila nak habis C0vid19 ni. Saya penat, sampai saya jadi tak ikhlas dalam membuat semua perkara. Baju-baju mereka semua saya basuh dan sidaikan. Saya dah seperti bibik baru dalam rumah sendiri. Saya keletihan sehingga saya tak mampu nak bagi senyuman.

Sehinggakan suami saya marahkan saya disebabkan muka ketat saya keterlaluan macam tak sukakan mak ayahnya. Memang tak pandai saya nak menipu raut wajah ni. Kalau saya tak suka, baik saya masak lauk untuk diri sendiri dan anak-anak saja.

Suami siap maki saya dalam whatsapp. Siap larang lepas ni saya tak boleh lagi berjumpa mak ayah saya sendiri. Diugutnya saya dilarang ke rumah parents sendiri atas sikap dingin saya. Memang tak boleh ke mana-mana pon saya ni, ada kawalan pergerakan kan?

Makanya saya cuma buat video call sajalah dengan parent sendiri buat pelepas rindu. Suami saya mungkin nampak bagus di mata parents dan adik beradik dia tapi bukan dengan isteri dan anak-anak nya. Hanya saya yang tahu sisi baik dan buruk suami. Mak mertua saya sanjung tinggi suami. Kononnya sanggup ambil mereka dari kampung di musim2 c0vid ni.

Tapi isteri dan anak-anak ibarat semut di depan mata. Yang penting mak ayah aku ade depan mata untuk aku lihat. Habis saya yang masih ada parents dia tak benarkan pula.

Kenapa wujud lelaki bernama suami macam ni dalam dunia? Ya dia anak yang bagus, tapi dia bukan suami dan ayah yang baik untuk saya dan anak-anaknya. Ya Allah pulihkan lah segera C0vid19. Aku terlalu letih ya allah ?.Mohon maaf atas tulisan yang agak panjang tapi inilah luahan hati saya.

Sumber : Kisah Rumah Tangga

Dalam situasi begini, sepatutnya si suami memaikan peranan penting supaya kesejahteraan antara isteri dan ibubapa terjaga. Apa pula kat anda.

Post Berkaitan

Leave a Reply