Sebelum ini, pelakon dan usahawan Wawa Zainal meluahkan perasaan bimbang terhadap masalah gigi reput dua orang anaknya iaitu Ahmad Fakhruddin Attar dan Hayla Maghfiratul Adzkiyaa.
Terbaru, pemilik nama Nur Hawa Zainal Abidin itu menunaikan impian anak perempuannya Hayla bagi memiliki gigi cantik melalui rawatan pemasangan gigi palsu seperti orang dewasa.
Menerusi laman Instagram, usah4wan berusia 30 tahun itu memuat naik video kompilasi sepanjang anaknya yang berusia enam tahun itu melakukan prosedur berkenaan.
Cun tak Hayla ada gigi?
“Untuk Hayla, Wawa buat crown & gigi pal&u macam orang tua ni ha apa entah nama dia. Ditidurkan masa pembed4han buang gigi. Ahamdulillah lepas bangun takde rasa sakit pun,” tulisnya.
Selain itu, Wawa turut meminta ibu bapa supaya tidak berputus asa jika terdapat cahaya mata yang mengalami masalah gigi seperti anak-anaknya.
“Korang yang ada anak gigi rosak jangan down tau. Wawa pun habis kena tuduh tak pandai jaga gigi anak. Padahal gosok je dua kali sehari. Cuma silapnya lambat jumpa d0ktor,” katanya.
Sekadar info, Wawa berkahwin dengan aktor Aeril Zafrel dan dikurniakan dua cahaya mata tersebut serta seorang lagi anak perempuan Aya Soffya yang kini berusia dua tahun.