Anjing merupakan salah seekor haiwan yang menjadi kegemaran orang ramai untuk dipelihara dirumah. Anjing juga selain kucing mempunyai sifat dan sikap setia dengan tuan yang menjaga mereka.
Satu video yang mungkin akan membuatkan orang ramai terharu apabila seekor anjing betina yang semalamnya telah diberikan makanan oleh seorang yang baik hati. Anjing betina tersebut telah datang ke rumah dan tuan rumah ini dengan baik hati telah memberikannya makanan.
Agak mengejutkan tuan rumah apabila anjing betina ini telah membawa sesuatu pada keesokan harinya. satu video perkongsian dari insan yang baik hati itu sendiri telah memperoleh lebih kurang 3.5 juta tontonan dengan lebih kurang 630K like setakat ini. Komen2 daripada pihak netizen juga amat menarik untuk dibaca dimana ada yang memuji sikap tuan rumah yang telah memberikan anjing betina itu makan. Video yang telah dimuat naik oleh pemilik akaun @pettiktik itu sememangnya boleh membuatkan ramai orang merasa sebak lalu menangis.
Menerusi video tersebut, anjing betina itu telah membawa anak2 nya ke rumah orang yang telah memberikannya makanan semalam. Dari sini kita boleh lihat yang anjing sememangnya mempunyai naluri yang kuat terhadap orang yang telah menolongnya. Pemilik akaun juga meletakkan pada kapsyen samada adakah dia perlu mengambil dan menjaga mereka “Should i adopt them”….
Dibawah adalah antara komen2 dari netizen.