Kucing Dibawa Keluar Bersiar-Siar, Pertama Kali Tengok Alam, Tapi Ini Yang Berlaku.

Seperti yang kita tahu kebiasaannya kucing cukup suka jika diberikan peluang untuk keluar rumah terutamanya kucing yang dipelihara di dalam rumah. Namun lain pula dengan gelagat seekor kucing ini yang kelihatan takut semasa dibawa keluar berjalan oleh pemiliknya ini.

Bukan sahaja takut malah kucing itu juga siap tidak mahu keluar dari beg tersebut sekaligus membuatkan netizen berdekah melihatnya. Dalam masa yang sama, kucing itu juga dilihat tidak mahu berjauhan dengan pemiliknya itu gara-gara takut ditinggalkan.

Pada gambar dan video yang dikongsikan ini, pemilik kucing itu berkongsikan telatah kucingnya itu semasa dibawa keluar berjalan di taman. Menurut pemiliknya, dia sengaja membawa kucing itu ke taman untuk membiarkannya berjalan-jalan di situ.

Lebih mencuit hati, kucing itu kemudian kembali memasukkan dirinya ke dalam beg itu selepas dikeluarkan. Malah kucing itu langsung tidak mahu berganjak daripada duduk di pangkuan pemiliknya itu walaupun semasa gadis itu cuba menolaknya sedikit.

Video :

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut sama terhibur melihat reaksi takut dari kucing ini. Ada juga yang berseloroh mungkin juga kucing itu menganggap pemiliknya mahu membuangnya di situ dan bukannya untuk dibawa keluar berjalan.

“Mesti dia ingat nak tinggalkan dia kat situ. Tu kemain takut tu…”

“Kalau kucing aku dia lah paling seronok nak keluar.”

“Tak tahu nak kesian ke nak gelak..”

“Sama kucing saya. Dalam rumah gangster, kat luar tikus.”

Post Berkaitan

Leave a Reply