Penyewa Iblis…Apa Nak Jadi Ni! Rug1 Besar Pemilik Rumah Kalau Beginilah Gayanya Attitude Penyewa

Seorang pemilik rumah flat mendapat kerugian hampir RM80,000 gara-gara seorang penyewa lelaki yang bermasalah, pengot0r dan tidak membayar sewa selama setahun.

Rumah flat dua bilik itu telah dijadikan lautan lautan 8,000 tin minuman keras, makanan busok dan basi dan tandas yang tersumbat dengan tisu tandas yang ada kesan naj1s serta kotoran hingga setinggi empat kaki.

Pekerja pembersihan yang merupakan pakar pengurusan air bersih dan buangan, Freddie Gillium-Webb yang diupah oleh pemilik rumah untuk membersihkan rumah tersebut telah muntah sampai 3 kali kerana tidak tahan dengan keadaan kotor dalam rumah tersebut.

Freddie Gillium-Webb terperanjat besar sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam rumah flat dua bilik berkenaan yang terletak di Andover, Hampshire di United Kingdom.

Sebaik sahaja saya berjalan melalui pintu, terdapat tin bir di mana-mana saja dan baunya sangat busok.

Dia (penyewa) jelas tidak menggunakan tong sampah sama sekali kerana dapurnya penuh dengan sisa makanan dan di ruang tamu terdapat saki baki kebab yang dimakan separuh.

Di tingkat atas ada beg sampah yang penuh dengan puntung rok0k selain lantai tidak kelihatan kerana terdapat banyak tin bir. Saya rasa saya telah membuang kira-kira 8,000 secara keseluruhannya.

Tandas bilik mandi pula tidak dibersihkan, sebaliknya tisu tandas yang mempunyai kesan naj1s berlonggok seperti ‘menara’.

Freddie Gillium-Webb mengambil masa selama lebih kurang 30 jam untuk membersihkan rumah tersebut dan mengambil masa selama 3 hari berturut-turut.

“Saya rasa saya dah guna 10 beg plastik besar dan 10 botol cecair peluntur. Saya kerja dalam bidang pengurusan sisa air, jadi saya tak mudah nak muntah. Tetapi bila buat kerja-kerja pembersihan seperti ini, rasanya dah 20 kali hampir termuntah,” ujarnya.

Freddie berpendapat penyewa seperti ini patut tidak dibenarkan menyewa mana-mana rumah lagi kerana hanya akan membawa kepada lebih banyak masalah kepada golongan pemilik rumah.

 

Post Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *