“Rasa Macam Ada Tangan Lagi…,” Pakcik Sebak Dikunjungi Ustaz Ebit

Pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew telah meziarahi pekerja penyelenggaraan jalan yang dilangg4r dalam satu kejad1an di Johor Bahru baru-baru ini.

Selepas menyampaikan ceramah di Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM) Muar, beliau terus menuju ke Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru untuk melawat insan tersebut.

Walaupun ia hanyalah satu pertemuan ringkas, namun Ustaz Ebit tidak dapat menahan sedih memandangkan insan itu sudah kehilangan tangan kanannya akibat dipot0ng.

“Pakcik ini menang1s tadi. Katanya, terasa macam ada tangan lagi. Rasa macam nak gerakkan jari.

“Pakar minta abang ni selalu usap tangan tu dan cakap tangan dah tiada. Allah ambil, InsyaAllah nanti di akhirat, semuanya sempurna,” beritahunya dalam satu hantaran di laman Facebook.

Walaupun sudah kudung tetapi masih fikir tanggungjawab
Apa yang lebih menyentuh hati adalah apabila Ustaz Ebit mendakwa yang insan tersebut masih lagi terfikir soal tanggungjawabnya kepada keluarga meskipun fizikalnya kini sudah tidak lagi sempurna. Terasa amat menyedihkan.

“Pakcik ini tanya macam mana nak bawa kereta nak hantar isteri kerja. Isteri tak boleh bawa kereta. Biasa hari-hari ambil hantar isteri dan anak,” luahnya lagi.

Ustaz Ebit mengajaknya menadah tangan bersama-sama berdoa kepada Allah SWT  memohon diberikan kekuatan serta ketabahan daripada-Nya.

Ustaz Ebit juga tidak lupa memberikan sumbangan sebagai ‘buah tangan’ kepadanya.

“Masa beri sedikit sumbangan, abang ni menangis katanya kenapa banyak sangat ustaz.

“Ya Allah. Pakcik tadi doakan saya. Semoga Allah beri kekuatan pada abang, isteri dan anak-anak.

“Terima kasih PDRM. Terima kasih Pol1s Johor yang bersama-sama tadi dan jamu kami makan tengah hari. Terima kasih pegawai hospital dan semua kakitangan hospit4l yang bersama kami. Baik-baik orang Johor,” tambahnya.

Mengenang traged1 yang menimpa, individu berkenaan dilangg4r lari oleh sebuah lori di Kilometer 28, Lebuhraya Pasir Gudang dalam satu kejadian pada Selasa yang lepas.

Kecederaan yang amat par4h yang dialaminya mengakibatkan pihak perubatan terpaksa memot0ng tangan kanannya.

Sumber: Ustaz Ebit Lew

Leave a Reply

Your email address will not be published.