Mak Kau Kras Kepala,Salah Sikit Merajuk Berhari2.Satu Hari G4duh Sampai Lari Tidur H0tel.Jam 2pg Ambil Sjadah Tak Sangka Ada Keajaiban Berlaku

Kisah ini agak panjang tetapi berbaloi bagi siapa yang ada waktu untuk meneruskan pembacaan. Kisah bermula, ada satu hari saya berborak  dengan anak perempuan saya. Dia ada beritahu saya, “Abah nak tahu tak, masa kecil2 dulu, ada satu perkara yang paling saya t4kut sekali, ialah ketika  abah dangan emak sering berg4duh dan hampi r2 nak bercerai.

Tapi saya rasa bersyukur sangat perkara tersebut tak terjadi sampai hari ini. Saya hanya tersenyum kelat mengenangkan kisah lama. Bila saya imbau kembali pengalaman tersebut, saya rasa ada baiknya saya kongsikan dengan anak perempuan saya ini, semoga ia boleh dijadikan pengajaran pada mereka suatu masa nanti.

Dahulu abah bernikah dengan emak kau atas dasar suka sama suka, tetapi abah sendiri tak berapa pasti apa yang abah suka pada emak kau, tapi apa yang abah tahu, makin lama masa berlalu, makin banyak perkara yang tak sependapat antara kami.

Kadang2 nak buat keputusan nak makan kat mana pun boleh jadi g4duh. Makin lama, perbezaan semakin ketara. Salah sikit, emak kau akan merajuk berhari-hari. Salah sikit, abah sendiri naik angin, kadang2 sampai b4ling barang sesuka hati.

Abah tahu, anak2 semua jadi takut nak dekat dengan abah, tapi abah rasa emak kau selalu buat perkara yang abah tak berkenan. Perg4duhan kami jadi semakin kerap dan berlarutan bertahun-tahun. Masing-masing tak boleh salah sikit, dua-dua nak naik angin tak nak mengalah, tidur pun ada masanya kami asing2.

Kami rasa pernikahan ini sudah semakin tak mungkin dapat  diselamatkan, cara terakhir yang hanya nampak hanyalah  dengan PENCERAIAN.Cuma apabila fmemikirkan tentang anak-anak, abah jadi sebak dan sering kali cuba buang jauh pemikiran macam tu.

Satu hari abah kerja luar kawasan, cuba telefon emak kau nak bertanya khabar, abah tak tahu macamana ianya berakhir dengan pertelingkahan. Emak kau terus h3mpas telefon. Waktu itu abah benar2 kecwa, putusa asa dan berasa keseorangan. Abah jadi marah, abah menjerit sorang2 dalam kereta dan waktu itu abah rasa ia betul2 dah sampai tahap kesabaran yang tertinggi.

Malam tu abah tidur disebuah hotel murah dan cuba nak lelap, tapi mata tak bagi kerjasama. Sakit hati dekat emak kau dah sampai tahap maksima. Jam dah bergerak ke pukul 2 pagi, mata masih tak boleh lelap.

Nak call emak kau semula seperti mana yang abah buat seperti sebelum ini, sebab akhirnya abah akan mengalah tapi , rasanya kali ini tidak lagi lah. Kali ini abah tekad, apa nak berlaku, lantaklah. Abah dah tak larat nak hidup dengan emak kau lagi.

Kepala batu, kuat merajuk, sombong, tak pernah nak jaga hati suami, buat perkara yang suami tak suka, tak dengar nasihat, suka melawan, tak jaga makan minum abah dan tak nak usaha untuk berubah jadi isteri yang baik.

Dalam keadaan yang tak keruan itu, abah tak sedar bila masa abah bangun dari katil ambil wudhu dan bentang sejadah. Abah solat ditengah2 malam. Ini usaha terakhir, abah berdoa dan bercerita pada Tuhan. Itulah malam yang abah tak boleh lupa sampai hari ini.

Abah mengadu yang nikah dengan emak kau adalah satu kesilapan dan abah dah tak nak teruskan lagi. Memang abah b3nci dan mend3rita dengan perkataan c3rai, apa lagi bila terkenang muka anak2, tetapi meneruskan hidup dengan emak kau juga satu penyeksaan.

Tetapi semakin lama abah berdoa dan mengadu kepada Tuhan, tiba-tiba abah mula bingung, mungkin abah rasa abah baik, abah selalu betul dan emak kau bukanlah jahat sangat dan tak pernah menduakan abah, dalam hidup dia bukan ada orang lain pun, hanya ada abah , tapi kenapa pernikahan kami tak bahagia macam orang lain, kenapa banyak sangat perselisihan pendapat, kenapa dia tak mahu berubah ikut kehendak abah?

Akhirnya, suatu keajaiban berlaku. Dalam keadaan air mata masih laju berlinangan di pipi abah dan dalam keadaan yang sangat berputus asa dengan emak kau, tiba-tiba abah seperti terasa ada sesuatu yang memaksa untuk masuk dalam fikiran abah.

Seperti abah mendapat kekuatan untuk bercakap dengan diri  sendiri. “Aku tak boleh nak ubah isteri aku, aku hanya boleh ubah diri aku sendiri. Abah pun berdoa, ya Allah, jika memang benar aku tidak mampu untuk mengubah isteri ku ini, tolonglah Kay ubah diriku pula. Bantulah aku ya Allah.”

Esoknya, abah pandu kereta dan mulakan perjalanan balik kerumah kerana kerja luar kawasan abah telah siap. Sesampai dirumah, anak2 riang gembira menanti kepulangan abah , tapi emak kau bergegas pergi kedapur, buat kerja dia, dan langsung tak menyambut dan bersalam dengan abah, dan masih mendiamkan diri sejak kejadian tempoh hari.

Malam tu, abah tidur, tapi emak kau bagi belakang aje kat abah. Bila abah dah rasa emak kau benar2 tidur, abah tarik kain dan selimutkan dia, dan abah perasan emak kau tiba2 terjaga dan buang selimut tersebut. Kali ini abah tersenyum saje, tak seperti selalu.

Esok pagi, abah datang dekat2 emak kau, abah ucap  salam seraya bertanya “Saya nak tanya awak, apa yang saya boleh buat pada hari ini supaya hari ini lebih baik untuk awak?”

Emak kau lihat abah dengan marah dan merajuk, “Awak cakap apa ni?”

Abah ulang sekali lagi “Saya nak tanya awak, apa yang saya boleh buat pada hari ini supaya hari ini lebih baik untuk awak?”

“Awak memang tak kan boleh , dah bertahun dah awak. tentang apa awak tanya ni?”

“Saya benar2 nak berubah kali ini, saya benar2 nak tahu apa yang saya boleh buat agar awak bahagia.”

Emak kau menjeling dengan sinis, “Ha, kalau awak betul2 nak buat, tu, pergi lah basuh baju, cuci pinggan mangkuk kat dapur tu”

Mesti waktu tu emak kau ingat abah akan meng4muk macam selalu, tapi mak kau silap. Abah hanya senyum dan mengangguk, lantas abah pergi kedapur, cuci pinggan, ambil semua pakaian, masuk ke dalam mesin basuh, tunggu hinga dikeringkan dan  sidai di ampaian, bila siap, barulah abah bersiap2 untuk ke tempat kerja.

Seperti biasa kalau emak kau merajuk, jangan diharap apa2 sarapan pagi terhidang. Tapi kali ini abah tak kisah. Bila dah siap, abah civm kepala emak kau dan abah terus pergi kerja. Esok pagi abah ulang perkara yang sama, pagi-pagi abah bangun, abah bagi salam kat emak kau dan abah tanya dia,

“Saya nak tanya awak, apa yang saya boleh lakukan pada hari ini supaya hari ini lebih baik untuk awak?”

Mata emak kau masih pandang kelain, “nak sangat buat, buatlah sarapan pagi untuk anak2”

Abah tarik nafas dalam2, emak kau tahu sebenarnya abah kalut nak pergi kerja, dan abah rasa dia dengan sengaja nak tengok abah nak meng4muk lagi, tapi kali ini abah hanya lemparkan senyum, abah mengangguk, dan abah terus pergi kedapur buatkan sarapan roti bakar, telur goring dan air kopi panas. Semuanya abah letak bawah tudung saji sesempurna mungkin.

Lepas tu, abah sendiri tak makan, dan abah bersiap utk pergi kerja sebab dah terlewat. Sebelum pergi abah civm kepada emak kau dan baru abah pergi kerja. Esoknya, pagi2 lagi abah dah bangun, abah gerak emak kau, bagi salam dan abah tanya soalan yang sama, “Saya nak tanya awak, apa yang saya boleh buat pada hari ini supaya hari ini lebih baik untuk awak?”

“Tak ada apa wak, tak ada yang awak boleh buat pun, saya minta maaf, hati saya dah terlalu sakit saban tahun. Tolonglah jangan tanya soalan tu lagi. Tapi kenapa awak buat semua ni?”

“Saya dah berjanji pada diri saya sendiri, mulai hari ini sehingga akhir nyawa saya, saya akan berusaha untuk buat perkara yang boleh membahagiakan awak”

Emak kau terdiam, mata dia larikan ketempat lain, tapi abah perasan, ada manik jernih terbit dimatanya. Bila abah berlalu kerana bersiap nak pergi kerja, abah perasan emak kau seka airmata dia.

Esoknya dan esoknya dan esoknya seperti selalu abah akan tanya soalan yang sama pada emak kau, sehinggalah pada minggu kedua, ada satu pagi tu, ada keajaiban berlaku. Seperti selalu, pagi tu abah tanya soalan yang sama pada emak kau, tiba2 emak kau menangis semacam budak kecik tak dapat mainan dan peluk kaki abah.

“Tolonglah jangan ditanya soalan tu lagi, awak bukan masalahnya, sebenarnya saya yang bermasalah, saya yang keras hati, saya tak tahu kenapa awak boleh sabar hidup dengan saya”.

Perlahan2 abah angkat dagu emak kau dan abah cakap, “Kerana awak penting dalam hidup saya, kerana awak ibu kepada anak2 kita, kerana awak peneman saya sebelum ini, kerana awak tak pernah cuba tinggalkan saya walau macam mana sekalipun  kita bertelingkah, kerana saya nak selamatkan perkahwinan kita dan kerana saya sayang sangat pada awak”

Abah terus tanya lagi “Apa yang saya boleh buat pada hari ini supaya hari ini lebih baik untuk awak?”

“Patutnya sayalah orang  yang patut tanya soalan itu”

“Awak memang patut tanya, tapi bukan hari ini, kerana saya yang perlu DIUBAH DAN BERUBAH, saya nak awak tahu betapa bermaknanya diri awak dalam hidup saya. Saya sayang awak sangat. Jadi apa saya boleh buat pada hari ini supaya hari ini lebih baik untuk awak?”

Emak kau renung dalam abah dan dia kata ” Boleh kita spend masa dua-dua bercuti, kita tinggal budak2 kat rumah atok dia”

“Cadangan yang baik, jom kita plan hari ini kita nak pergi mana?”

Saya terus lakukan perkara yang sama selama lebih dua bulan, dan keadaan berubah perlahan-lahan. Bertengkar sudah tiada lagi. Emak kau pun dah pandai tanya soalan yang sama pada abah. “Apa yang awak nak dari saya? Macamana saya boleh jadi isteri yang lebih baik?”

Dinding keegoan yang menjurangkan kami selama ini telah runtuh. Kehidupan emak dengan abah lebih bahagia. Kadang2 masih juga terjadi pertengkaran, tetapi cara pertengkaran tersebut jauh berbeza, kami berselisih faham sahaja, tidak lagi bertengkar sehingga menyakitkan hati masing2, tidak seperti dulu lagi.

Abah dan emak kahwin dah lebih 30 tahun, abah bukan saje sayang emak kau, abah suka dia, abah perlukan dia. Banyak perbezaan pendapat abah lihat ia menjadi kekuatan dalam kehidupan kami, selebihnya abah dah tak ambil pusing. Abah telah belajar bagaimana mengambil berat antara satu sama lain dan yang terpenting, kami mendapat kekuatan untuk buat perkara itu.

Perkahwinan sesuatu yang sukar nak. Tetapi mendapat teman didalam hidup merupakan satu anugerah besar daripada Tuhan. Sering bertanya apa yang boleh saya lakukan untuk menjaga anugerah ini. –

Hasil penulisan: Mazelan Abas

Kredit: bacakami

Post Berkaitan

Leave a Reply