Bantulah Mereka – Veteran ATM lebih berhak miliki tanah daripada pekebun h4ram!

Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) wajar diberikan penghargaan setelah bergolok gadai mempertaruhkan ny4wa menentang mu5uh negara, tegas Presiden Persatuan Kebajikan Darul Islah (Perkid), Ustaz Masridzi Sat.

Beliau berkata demikian sebagai menyokong tindakan ATM menyerahkan memorandum pada sidang Parlimen akan datang.

Memorandum pertama akan dihantar oleh Seketariat Veteran Bertindak bagi menuntut hak yang pernah dijanjikan sebagai membalas jasa pengorbanan mereka mempertahankan tanah air.

Langkah itu tercetus selepas tersebar berita mengenai penerokaan tanah secara h4ram di Raub, Pahang oleh sekumpulan pekebun baru-baru ini.

Presiden Gerakan Reformasi Veteran ATM, Veteran Bangkit (GRVATM), Azizan Salleh berkata, beliau amat terkejut dengan pendedahan tersebut apabila ada pihak secara mudah menceroboh tanah kerajaan untuk mengaut keuntungan bagi kepentingan peribadi.

Sedangkan, katanya, veteran seperti tentera lebih berhak terhadap tanah itu yang mana mereka boleh mendapatkan sekurang-kurangnya 20 ekar tanah di mana-mana negeri dalam Malaysia.

Mengulas situasi itu, Ustaz Masridzi berkata, kerajaan tidak wajar berlaku z4lim terhadap ATM dengan tidak menunaikan hak mereka yang sekian lama dituntut.

Bahkan, katanya, lebih malang lagi, apabila memberi muka kepada bangsa lain meneroka tanah secara h4ram.

“Mereka inilah yang terlibat menjadi k0munis, menjadi mu5uh negara, membnuh ramai orang awam dan membnuh pasukan keselamatan kita.

“Tiba-tiba diberi peluang menc3roboh tanah air kita begitu lama dan mengaut hasil keuntungan yang banyak,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, jika itu dibiarkan berlaku, maka secara jelas kerajaan telah berlaku z4lim kepada rakyat peribumi sendiri dan memperm4inkan jasa pengorbanan pasukan keselamatan dalam negara ini.

“Ayuh bangkit, perju4ngkan hak kita!,” tegasnya.

Memorandum tersebut akan diserah kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Ketua Pemb4ngkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Post Berkaitan

Leave a Reply