I Muslim Network

Online network to spread knowledge for da'wah

Berang Hutang Tak Dibayar, Wanita Cetak Muka Penghutang Di Buku Yassin & Kirim Ke Keluarganya

Pasti ramai yang pernah mengalami keadaan di mana kawan-kawan atau orang terdekat yang sangat liat untuk membayar kembali duit yang dipinjam.

Walaupun mungkin jumlah yang dipinjam hanyalah sedikit tetapi ia amat berguna dalam keadaan yang terdesak.

Pun begitu, mereka pastinya akan memberi alasan untuk tidak membayar hutang tersebut, bahkan mungkin ada yang menghilangkan diri.

Sama seperti kisah yang tular di Indonesia ini yang memperlihatkan seorang wanita menggunakan cara yang sangat ekstrem untuk meminta kembali duitnya, lapor Detik.com.

Mungkin sudah penat dengan helah si penghutang, dia dilaporkan telah mencetak surah Yasin dan Tahlil dengan gambar penghutang di muka hadapan.

Gambar surah Yasin itu dimuatnaik di satu page Facebook dengan kapsyen yang memohon kepada orang ramai yang mengenali penghutang untuk mengembalikan wangnya.

Menurut Kumparan, wanita yang dikenali sebagai Jenias Delava itu juga mengirimkan Yasin itu kepada pihak keluarga si penghutang.

Dari screenshot yang dimuatnaik di Facebook, penghutang tersebut dipercayai meminjam duit untuk membayar kos rawatan adiknya.

Tetapi, bila tiba waktu yang dijanjikan, dia tidak membayar hutang tersebut dan menghilangkan diri.

Jeanis juga mendakwa bahawa penghutang telah menyekat dirinya di semua media sosial.

Post Berkaitan

Leave a Reply