Lumrah menjadi pencinta haiwan pastinya kita akan risau melihat kucing yang terbiar, sebagai insan yang juga mempunyai belas kasihan, sudah tentu kita akan membantu mana yang termampu.
Namun siapa sangka niat murni wanita ini bertukar tragedi apabila wanita ini terpaksa menjalani pembedahan kecil untuk menghalang jangkitan kuman gara-gara gigitan si bulus.
“Drama menyelamatkan kucing terbiar di tengah-tengah lebuh raya, yang pengakhirannya di dewan bedah,” tulisnya dalam satu perkongsian di media sosial.
Dia yang dikenali sebagai Zawani Zakaria memaklumkan kejadian itu berlaku ketika dia dalam perjalanan pulang selepas selesai menyertai misi bantuan di perkampungan Orang Asli di Sepang.
“Saya menyertai misi bantuan itu sebagai wakil daripada Thermomix. Di sana, saya memasak untuk sukarelawan. Sekitar pukul 6 petang ketika dalam perjalanan pulang ke Shah Alam, tiba-tiba ada dua kenderaan di depan saya brek kecemasan.”
“Saya pun automatik brek dan lori di sebelah saya tunjuk ke arah kanan. Barulah saya nampak seekor kucing yang dekat lorong kanan dan nak melompat ke lorong bertentangan.”
“Pada ketika itu saya cuma fikir nak cepat-cepat selamatkan kucing tu sebab bimbang ia dilanggar kenderaan lain. Spontan saya keluar, tangkap ia dari belakang.”
“Tapi mungkin sebab kucing tu terkejut dan sedang dalam ‘full force’ nak melompat, terus digigitnya tangan kanan saya. Memang sakit sangat tapi saya tetap tak lepaskannya. Saya cepat-cepat bawa masuk dalam kereta,” cerita wanita berusia 37 tahun ini.
Bercerita lanjut, pada ketika itu d4rah sudah mengalir dengan banyak gara-gara g1gitan kucing tersebut namun masih belum terasa sakit.
“Dalam kereta, memang kucing tu agresif sangat sebab nak keluar. Saya hanya mampu berdoa ia tak datang dekat saya dan gigit lagi sekali. Saya akhirnya berhenti di sebuah masjid yang terletak 10 minit dari lokasi tadi.”
“Masa saya keluar, belum sempat saya tutup pintu semula, kucing tu melompat keluar dan lari. Saya terus cuci luk4 betul-betul dan teruskan pemanduan ke Shah Alam sebab masa tu belum rasa s4kit lagi.”
“Tapi tak lama selepas itu, bahagian didigit tu membengk4k dan merah. Saya terus buat keputusan untuk pergi ke klinik. Benda pertama doktor buat adalah beri saya suntikan Tetanu5.”
“Kemudian dia cuci luka, beri ubat 4ntib1otik dan tahan s4kit,” ujarnya yang juga seorang ahli perniagaan.
“Esok pagi, kesan gigitan itu bernanah. Saya pergi ke klinik lagi sekali dan doktor cuci. Namun masih sama, malam tu saya tak boleh tidur juga sebab s4kit.”
“Esoknya, bapa saya hantar pergi hospital dan doktor terpaksa tahan di wad kerana jangkitan kuman agak teruk. Bila picit kawasan di sekitar luka, dah banyak n4nah.”
“Apabila keadaan tetap tak ada perubahan, hari ketiga saya di hosp1t4l, doktor kata saya perlu jalani minor 5urgery untuk buang n4nah dan sel tisu yang ros4k.
“Saya bersyukur kerana bukan penghidap k3ncing man1s. Kalau tidak, doktor kata terpaksa pot0ng tangan sebab untuk pes4kit k3ncing manis, bisa g1gitan haiwan sangat berb4haya,” katanya sambil menambah, doktor mengesahkan kecederaannya diklasifikasikan sebagai Selulit1s.
Hampir dua minggu selepas r4watan, Zawani berkata keadaan tangannya sudah beransur pulih.
Video :
“Macam-macam komen netizen, ada tanya kenapa tak basuh cepat, kenapa tak pakai sarung tangan dan macam-macam. Tapi dalam situasi saya, ia sangat spontan dan berlaku di tengah-tengah lebuh raya. Saya kurang bernasib baik hari itu. Tapi mungkin mereka tak tahu cerita sebenar.”
“Kejadian ni buatkan saya sedikit fobia namun ia takkan buat saya berhenti untuk sayangkan kucing. Saya memang pencinta kucing. Di rumah saya ada lapan ekor kucing yang dipelihara macam anak sendiri. Sama juga macam kucing-kucing lain.”
“Apa pun, saya harap perkongsian pengalaman saya ini boleh sebarkan kesedaran kepada orang lain. Jangan sesekali ambil remeh kalau digigit haiwan terutama haiwan terbiar. Dapatkan rawatan segera,” katanya lagi.