Kekecohan berlaku di Felda Inas Kulai Johor apabila penduduk menjumpai seekor Ular Sawa yang berkemungkinan panjangnya melebihi 7 atau 8 kaki sedang kenyang terbaring selepas menelan seekor Kambing.
Penduduk lalu menghubungi pasukan bomba untuk menguruskan penangkapan ular sawa yang besar tersebut. Sewaktu pasukan bomba tiba, kelihatan didalam video yang ular tersebut sudahpun menelan Kambing tetapi oleh kerana mungkin terkejut dengan kehadiran orang ramai, ia memuntahkan kembali kambing tersebut.
Mungkin ini bukan kali pertama kejadian penemuan ular sawa di Felda kerana habitat mereka mungkin berada hanya dikawasan sekitar sana. Diharap agar para penduduk sentiasa berhati hati ketika berpergian di kawasan sekitar tempat tinggal mereka untuk keselamatan bersama.
Dibawah adalah antara komen komen daripada para netizen.