Cara Buat Apam Balik Sedap Secara Homemade Guna Sukatan Cawan.

Apam balik ni kalau kena gaya pembuatan nya memang sedap dimakan. Lebih-lebih lagi bila lebihkan kacang dan jagung, memang nikmat sangat bila makan apam balik itu.


Tetapi ada juga apam balik yang telah di variasikan isi didalam dengan pelbagai perasa. Ada yang di letakan hirisan keju, oreo, coklat atau apa jenis perasa yang di sukai. Jadi kami ingin kongsikan kepada cara untuk membuat Apam balik yang sedap dan rangup.

Resepi Apam Balik Homemade

Bahan-Bahan:

2 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
Sedikit pewarna kuning
1 biji telur
1 ½ cawan air
Sedikit mentega atau marjerin untuk mengoles
Bahan Tabur:

Kacang tanah kisar
Jangung manis dalam tin
Gula
Marjerin

Cara Memasak:

1. Pukul telur dan gula hingga kembang. Kemudian masukkan soda bikarbonat, air dan pewarna kuning. Pukul lagi hingga sebati.

2. Masukkan tepung gandum dan baking powder. Pukul lagi hingga semua bahan sebati.

3. Ambil kuali tak lekat dan oleskan sedikit marjerin.

4. Tuang 2 senduk adunan apam dan ratakan. Jika nipis, tambah lagi adunan. Jika tebal, kurangkan. Ikut cita rasa masing-masing.

5. Biar adunan seketika sehingga masak. Kemudian tabur gula, kacang dan jagung dengan secukupnya.


6. Bila bahagian kulit sudah garing dan keperangan, angkat dan sapukan marjerin hingga rata.

7. Untuk memotong apam dengan mudah, lalukan pisau pada air.

8. Sedia untuk dinikmati.

Post Berkaitan

Leave a Reply