Cara Masak Serawa Durian Viral, Pekat & Berkrim! Step-by-Step Pun Ringkas Sangat

Musim durian sudah muncul! Selain enak dimakan begitu sahaja, durian juga boleh diolah menjadi pelbagai jenis menu termasuklah serawa durian!

Jom ikuti resepi serawa durian yang viral dari perkongsian dari Cikya ini!

RESEPI PENGAT DURIAN VIRAL

Pengat durian. Ada yang panggil serawa durian. Cicah roti pulak, payah la nak berhentinya. Bau semerbak harum pulakk. Hmmmm

Bahan-bahan :

10-15 ulas isi durian bersama biji.
1 ½ cawan santan.
2 helai daun pandan, carik dan simpulkan.
1 ketul gula melaka.
1 sudu kecil garam atau secukup rasa
1 cawan atau sedikit air, jika perlu.


Cara penyediaan:

1. Dalam periuk, panaskan air, gula melaka dan daun pandan sehingga mendidih

2. Lepas tu masukkan santan

 

3. Kacau sehingga sebati, dan biarkan sehingga mendidih


4. Kemudian boleh masukkan isi durian ke dalam periuk


5. Kacau sehingga sebati

6. Siap dan bolehlah hidangkan bersama pulut kalau ada. Kalau takde roti pun boleh.

Post Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *