Bila sebut sahaja kerabu, pasti penggemarnya sudah kecur air liur! Mana tidaknya rasanya yang masam, manis, pedas dan menyengat! Ia mampu membuka selera sesiapa sahaja.
Malaysia kaya dengan pelbagai jenis kerabu, antaranya daun selom, kacang botol, sotong, udang, mangga, pucuk paku, belimbing buluh dan sebagainya.
Ia lebih menggoda bila bahan campurannya segar sehinggakan boleh diratah begitu sahaja. Lagipun bahan-bahan yang diperlukan hanya ringkas, kos membuatnya pun murah.
Buat sendiri sahaja dekat rumah. Sudah pasti boleh makan sepuas-puasnya.
Bahan-bahannya
1 mangkuk taugeh (celur sekejap)
5 biji kacang botol (kacang panjang pun boleh)
1 biji bawang besar dimayang
5 biji cili padi
1 batang bunga kantan dihiris nipis
1 genggam udang kering
1/2 kg isi kerang rebus
Jus limau nipis secukupnya
Sedikit belacan
Kerisik secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
Cara-cara membuatnya
1. Tumbuk udang kering, belacan dan cili merah sampai lumat, perah limau nipis, letak gula dan garam serta kerisik gaul sebati.
2. Satukan semua bahan dalam bekas dan gaul rata, rasa dan bolehlah sesuaikan rasa mengikut selera masing-masing.
Selamat mencuba.