Nak cara buat KUIH SERI MUKA tak?? Dekat bawah nie saya sertakan cara buat yang details, Harap semua dapat buat sendiri. Rasanya tentu enak, lemak-lemak manis, dan sangat sedap. .. jom cuba!!
Cara-caranya:
1. Sediakan santan kotak di dalam mangkuk dan masukkan garam.
2. Kacau rata garam tersebut. Dan sediakan loyang 8″ x 8″, sapu minyak masak di sekeliling acuan loyang agar adunan tak melekat nanti. Letakkan plastik lapik di dalam loyang tadi.
3. Sementara itu, beras pulut YANG TELAH DIBASUH dan DIRENDAM SELAMA 30MINIT.
4. Selepas 30 minit rendaman pulut tadi, cuci bersih tuang masukkan di dalam loyang tadi. Ratakan beras pulut. Tuang santan di atas beras tadi separas pulut tadi jer..
5. Letakan 3 hirisan daun pandan atas pulut td sebelum dikukus. Ini terpulang kepada semua nk letak atau tak. Ini hanya untuk bagi bangitkan aroma daun pandan yg sedap tu. Kemudian, kukuskan selama 30minit.
6. Sementara kukus tu, sediakan beberpa helai daun pandan dan kisarkan bersama sedikit air untuk bangkitkan aroma bau dan rasa pandan tu. Tapiskan air pandan tersebut.Asingkan.
7. Sediakan dalam periuk, telur 1 biji(jika telur besar) saya letakkan 2biji sebab telur kecil.Masukkan tepung gandum anggaran 1 cawan, tepung jagung 1sb, tepung ubi 2sb, gula 3/4 cawan dan garam 1sudu.
8. Masukkan pula air adunan pandan yang dikisar tadi 1 cawan, kacau rata dan kemudian masukkan santan pekat 1 cawan serta pewarna hijau 1sdk bg menambah warna pd seri muka kita…
9. Kacau rata dan kisar balik guna blender untuk hilangkan ketul2 bg smooth adunan tersebut. Masakkan sekejap dan sentiasa kacau adunan. TAK PERLU tunggu mendidih tutupkan api.
10. Pulut tadi dah masak, angkat. Buang daun pandan yg diletakkan tadi. Gaulkan pulut tadi bagi ratakan santan yang berkumpul di atas pulut. dan ratakan balik pulut, tekan bagi mampat. Loretkan sikit atas pulut.
11. Tapiskan adunan tepung tadi. dan tuang atas adunan pulut dan terus kukus. Sebelum tu bungkus penutup kukusan dengan kain utk elakkan wap air masuk terkena adunan.
12. Bila dah KUKUS agak2 30minit, cuba cucuk untuk tengok adunan dah masak atau belum. Jika tidak melekat dan kering, maknanya adunan dah masak.
13. SIAP!!
Klu nak potong cantik kna tunggu kuih betul2 sejuk dlu bru potong…sye buat potong comot sikit…x sempat tggu sejuk kalut nak bagi suami bawa pgi keje😅…n sye lupa nk bungkus tutup pngukus dri awal..air wap dah trmasuk sikit dlm adunan..Sbb tu ats dia jdi x licin😌…maklum la dah tua😂 #cookwith❤️ #carasaya #menikmatihidupyangakupunya #syukurselalu