Peanut Butter atau mentega kacang ini jika disapu tas roti bakar memang membuka selera betul. Bukan sahaja digemari oleh orang dewasa malah anak-anak pun suka akan rasa peanut butter ini.
Resepi yang dikongsikan oleh Nurul Zhafarina ini cukup mudah. Selain mudah dan jimat ia terjamin kebersihannya malah lebih menyihatkan dan bebas bahan pengawet.
Peanut butter sihat seperti ini harganya agak mahal dijual di pasaran. Harganya kebiasaanya berbelas ringgit malah ada sampai puluhan ringgit. Dan kebanyakkan dipasaran adalah jenama yang diimport dari luar negara. Jadi kalau buat sendiri lebih jimat. Nak buat pon tak susah. Boleh cuba buat.
RESEPI PEANUT BUTTER HOMEMADE SIHAT
Alhamdulillah menjadi jugak peanut butter sihat homemade .
❌ tak ada GULA
❌ tak ada GARAM
❌ tak ada MINYAK
Peanut butter sihat ni harganya agak mahal dijual jadi kalau buat sendiri lebih jimat . Nak buat pon tak susah . Boleh cuba buat
CARA-CARA MEMBUATNYA :
1. Sangai guna air fryer.
2. Kemudian sejukkan kacang.
3. Blend. Saya guna blender kering.
4. Boleh terus masukkan dalam bekas.
5. Siap!