Garam masala merupakan campuran rempah ratus yang berasal dari Selatan Asia. Sering digunakan dalam masakan di negara India, Pakistan, Nepal dan Bangladesh, rempah ini juga dijadikan sebagai perasa dalam pelbagai jenis hidangan.
Memandangkan masakan India kini semakin mendapat sambutan, tak hairan mengapa orang ramai ingin mendapatkan dan menggunakannya dalam pelbagai sajian. Mempunyai rasa rempah ratus yang enak, penggemar masakan berempah wajib menggunakannya. Namun begitu, ia masih lagi sukar didapati di pasaraya. Jadi, apa kata kita cara mudah ini untuk menyediakan serbuk garam masala sendiri di rumah.
Resepi Serbuk Garam Masala
Bahan-Bahan
1 sudu besar jintan putih
2 sudu besar jintan manis
1 sudu kecil lada hitam
2 helai daun bay
1 batang kayu manis
2 kuntum bunga lawang
7 biji buah pelaga
10 hingga 12 butir cengkih
Cara Penyediaan
Dalam kuali yang panas, sangai semua rempah.
Tutup api dan gunakan lesung untuk tumbuk semua rempah yang telah disangai sehingga pecah separuh hancur.
Seterusnya, gunakan pengisar untuk kisar rempah sehingga menjadi serbuk halus.
Setelah siap, ambil rempah itu dan simpan dalam botol kering untuk kegunaan seterusnya.
Mudahnya nak buat sendiri rempah garam masala di rumah, cuma menggunakan beberapa rempah sahaja anda boleh menikmati rasa rempah yang enak dan berempah dalam pelbagai masakan. Namun, jika anda tak sempat untuk menyediakannya di rumah, boleh juga beli di sini. Tapi lagi bagus bila kita buat sendiri, kan?