Cara Buat Tempe Homemade Paling Mudah, Hanya Perlu 3 Bahan Sahaja.

Tidak dinafikan memang ramai penggemar tempe ni kan? Apa kata jom belajar cara buat tempe sendiri di rumah. Mungkin ada yang kata, nak senang beli je. Tapi kalau cuba buat sendiri di rumah, sekurangnya dapat tahu bagaimana cara membuatnya malah dapat diceritakan kepada anak cucu kelak.

Banyak manfaat tempe ini selain dari rasanya yang sedap. Ianya juga bagus untuk mereka yang mahu menurunkan berat badan dan untuk dapatkan kulit yang cantik. Tempe juga sesuai untuk mereka yang bukan penggemar susu.

Cara membuat tempe juga sangat mudah dan tidak terlalu renyah. Jika ada yang mahu mencuba, jom lihat cara-cara membuatnya di bawah yang merupakan hasil perkongsian oleh Hidayah Mokhtar di laman sosial Facebook. Semoga bermanfaat!

Cara Buat Tempe Homemade Guna 3 Bahan
Bahan-bahan:
1 kilogram kacang soya
2 gram ragi tempe
8 keping beg plastik sandwich


Cara-cara:
– Rendam kacang soya semalam. Setelah kembang, pecah-pecahkan kacang soya supaya kulitnya tanggal. Basuh sehingga bersih sambil cuba tapiskan kulitnya sebanyak yang mungkin.
– Rebus selama 45minit ke 1 jam. Sambil tu cuba buangkan kulit kacang yang timbul, tapi jangan gusar kalu masih ada yang tinggal
– Tos kacang soya dan keringkan. Samada biarkan kering sendiri atau goreng seketika atau menggunakan kipas angin.
– Campurkan kacang yang sudah kering dengan ragi tempe.
– Bungkus menggunakan plastik sandwich yang dicucuk 1-2cm secara tegak dan melintang. Ketebalan bergantung kepada citarasa masing-masing. Boleh guna daun pisang atau daun rambai untuk rasa yang lebih enak.
– Tekan-tekan dan mampat-mampatkan kacang didalam plastik sehingga rata.
– Letak di tempat yang panas

– letak saja di dapur dan tutup dengan kain, selama 36-48jam. Anda akan lihat kulat putih memenuhi kacang anda.

Post Berkaitan

Leave a Reply