Peniaga Kongsi Teknik Rahsia Bancuhan Cempedak Rangup, Resepi Niaga Keluarga Selama 20 Tahun.

Cempedak rangup antara kudapan yang sangat terkenal di Malaysia. Kudapan ini juga mudah didapati di gerai tepi jalan ataupun pasar malam.

Bagi yang nak mencuba untuk buat sendiri cempedak rangup di rumah, boleh ikuti resepi yang dikongsi oleh saudara Yayar B. Awang Noh di bawah.


Menurutnya, resepi tersebut merupakan rahsia keluarganya yang sudah berniaga selama hampir 20 tahun.

Boleh guna untuk pisang goreng juga, tapi untuk cempedak kena bancuh sedikit pekat dari pisang.

Resepi Bancuhan Cempedak Rangup & Pisang Goreng

Bahan-Bahan:

Tepung beras 2 cawan (apa-apa cap)
Tepung gandum suku cawan
Serbuk kunyit setengah sudu
Kapur makan secubit
Gula sesudu besar
Gram sesudu
Telur ayam atau itik sebiji

Cara-Cara:

1. Satukan semua bahan.

2. Kacau sehingga sebati. Kalau nak sedap boleh tambah kelapa parut dan bijan.

3. Masukkan cempedak ke dalam adunan dan gaul hingga bersalut rata.

4. Sedia untuk digoreng sehingga rangup.

Post Berkaitan

Leave a Reply