Kuih tepung bungkus, kuih tradisional yang sangat sedap dan tidak pernah ditelan zaman.
Kalau di bandar, agak susah nak jumpa peniaga yang jual kuih ni. Kalau ada, mungkin kurang kena dengan selera.
Jadi kalau nak cuba buat sendiri kuih yang ada rasa ‘kampung‘, resepi perkongsian saudari Faezah Ab Wahab ni antara yang terbaik.
Mudah rupanya nak buat kuih ni. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
CARA BUAT KUIH TEPUNG BUNGKUS
Bahan-Bahan Badan:
3 cawan santan
1 ½ cawan tepung beras
1 sudu gula
Sedikit garam
Cara-Cara:
1. Satukan semua bahan dan kacau sehingga pekat.
2. Kemudian tutup api.
Bahan-Bahan Inti:
½ biji kelapa muda
1 ketul gula melaka
1 cawan air
Daun pandan
Cara-Cara:
1. Satukan semua bahan dan kacau sehingga kering. Letak sedikit tepung supaya kelapa menjadi lembab bersalut.
2. Bila dah masak, bulat-bulatkan kecil untuk dijadikan inti.
3. Ambil daun pisang, letakkan tepung pulut dan inti kelapa.
4. Bungkus dengan kemas dan sedia untuk dikukus selama 15 minit menggunakan api sederhana.
Selamat mencuba!