Cara Buat Terung Bakar Asam Lemak. Cepat Sungguh Hanya Perlu Bakar Tetung Sahaja. Rosak Diet Beb!

Hari ini kami nak kongsikan kepada anda resepi pembuka selera Air Asam Lemak dengan Terung Bakar. Kesedapan dia tak boleh nak digambarkan. Kena rasa sendiri baru tahu. Resepi kali ini adalah kepunyaan Puan Nurulhuda Radzi.

Bahan utama yang diperlukan adalah 2 Biji Terung yang telah dibakar dan kulit yang hangus dikopek.


Bahan-Bahan:

Cili besar 3 biji, cili padi 4 biji dan belacan. Kesemua bahan ini perlu ditumbuk kasar ya.
Garam dan Gula.
1 biji limau kasturi atau limau nipis sebelah sahaja dan ambil perahan air limaunya.
Bawang besar dipotong mayang.
Cili padi 9 biji dipotong.
Santan 1 kotak kecil atau santan fresh. Saya pakai santan mentah kalau tak suka boleh panaskan sekejap ye.


Cara-Cara

1. Sediakan semua bahan tadi. Kemudian dalam satu bekas masukkan bahan tumbuk dan semua bahan-bahan lain.

2. Gaulkan kesemuanya sehingga cukup rasa.

3. Kemudian barulah dimasukkan terung bakar yang telah dibuang kulit yang hangus tadi. Selain terung boleh rebus jantung pisang untuk ditambah bersama.


4. Siap

Selamat mencuba

 

Post Berkaitan

Leave a Reply