Cara paling mudah buat sandwich telur hanya guna 2 bahan sahaja. Anak-anak paling suka.

Jika anda sukakan sandwich, resepi Sandwich Telur perkongsian saudari Roha Adrinna ini boleh anda cuba. Mudah dan ringkas sahaja cara penyediaannya. Guna dua bahan sahaja.


Nak lebih sedap, kepingan roti boleh disapu dengan marjerin atau mentega. Pasti berselera makan. Anak-anak pun suka. Kalau nak buat untuk meniaga pun boleh. Selamat mencuba!

Resepi Sandwich Telur Mudah, Intinya Hanya Guna 2 Bahan

Bahan-Bahan:

Roti sandwich
Telur
Mayones
Lada sulah – jika suka
Garam @ perasa – jika perlu

Cara-Cara Membuatnya:

1.Bersihkan telur dan rebus hingga masak. Kemudian kupas kulitnya. Jumlahnya bergantung banyak mana sandwich yang anda mahu buat.


2.Masukkan telur rebus tadi ke dalam bekas bersesuaian. Kemudian lenyek menggunakan garpu hingga halus.


3.Seterusnya masukkan mayones dengan secukupnya. Jenama bergantung pada selera masing-masing.


4.Jika suka, boleh juga menambah serbuk lada sulah, garam dan juga perasa. Bergantung pada selera masing-masing.

5.Gaul inti hingga sebati.


6.Ambil roti dan sapukan inti telur tadi dengan secukupnya. Lebih enak jika roti disapu dengan planta terlebih dahulu.

7.Sandwic Telur paling ringkas sedia untuk dinikmati.

Post Berkaitan

Leave a Reply