Telur mata kerbau terkadang menjadi pelengkap kepada sesuatu hidangan. Tak kiralah nasi goreng ke, mi atau meggi goreng mahupun nasi lemak. Gadingan hidangan ini automatik menjadi sempurna dengan adanya telur mata kerbau.
Bila tengah lapar pun cukup dengan hidangan telur mata kerbau ingin menjadi santapan.
Namun jika anda ingin masak telur mata kerbau yang ‘perfect’ ada caranya. Barulah boleh dapat kuningnya yang cantik dan sempurna.
Seorang lelaki bernama Wan Luqman ini kerjanya sebagai tukang goreng telur berkongsikan tip dan cara yang betul untuk menghasilkan telur mata kerbau yang elok rupanya.
Mari sama-sama baca perkongsiannya di bawah
TIPS GORENG TELUR MATA KERBAU
Hi assalam, Saya ni kerjanya sebagai tukang goreng telur sahaja. Saya specialist dalam goreng telur mata. Macam-macam kerja ada didunia ni, jadi saya pilih kerjaya ni. Maklumlah kite spm je…
Jadi saya nak kongsikan sikit tips-tips nak buat telur mata kerbau.
PERTAMA
Guna kuali kecil dan ke dalam sedikit lengkuknya. Sebab telur putih akan membaluti telur kuning tu sikit dan telur tu tak merebak ikut saiz kuali.
KEDUA
Minyak kena lebih supaya dia akan tenggelam biar rata. Pecahkan telur dalam mangkuk kecil dahulu, jangan terus pecahkan ke dalam kuali. Jangan risau, kita toss dulu atas sudip bagi minyak tu meleleh jatuh selepas goreng, jangan angkat ke pinggan terus. Bila keliling putih dah mula garing sedikit, kemudian boleh di angkat.
KETIGA
Guna telur saiz D ataupun E. Ianya lebih afdal. Selalu kita order kat kedai, bila mintak telur mata kerbau, dibaginya telur mata jin mata satu, telur mata buta sebelah dan paling teruk telur mata dajal, musibah namanya tu.
HASILNYA
Bila telur macam ini. Kuning-kuning tu samada cair atau separa cair. Baru berselera.
Sekian, Terima kasih dan selamat mencuba!