Cis, kucing tak sedar diri, dah la tak comel boleh pula ko masuk rumah aku. Jgn sampai aku marah.

Kebiasaanya kucing pasti akan berg4duh jika terserempak dengan kucing yang tidak dikenali terutamanya bagi kucing jantan. Macam macam  gelagat  seekor kucing jantan ini yang dilihat sedang berg4duh namun gerangan pihak law4nnya pula yang meraih perhatian.

Semuanya gara-gara aksi kucing itu yang berg4duh dengan diri sendiri sebaik sahaja melihat dirinya di cermin. Video tersebut juga tular dikongsikan apabila ianya meraih lebih setengah juta tontonan setakat ini di mana netizen turut berdekah melihatnya.

Di dalam video yang dikongsikan ini, kelihatan seekor kucing yang berada dalam keadaan yang mar4h sambil membuat bunyi bising. Biasanya kucing akan berkelakuan seperti itu sekiranya mereka terserempak dengan kucing asing yang memasuki kawasan mereka.

Tetapi sebenarnya, kucing itu sedang berdiri di hadapan cermin sambil melihat wajahnya sendiri di situ. Malah tidak ada kucing lain yang berada di situ sekaligus membuatkan netizen berdekah melihat reaksi spontannya ini.

Kucing itu juga dilihat terus membuat bunyi bising sehinggalah dia terjatuh dari meja cermin itu secara tidak sengaja. Melihatkan reaksinya ini, ramai netizen yang turut berasa keliru melihat gelagat kucing ini yang bergaduh dengan diri sendiri.

Di ruangan komen, rata-rata netizen turut sama berdekah melihat gelagat lucu dari kucing ini. Malah ada yang berseloroh mungkin juga kucing itu tidak mempunyai kawan untuk bergaduh dan memilih untuk bergaduh dengan dirinya sendiri.

“Takde kawan nak gaduh tu yang gaduh dengan diri sendiri.”

“Dik, terima hakikat tu rupa awak ye. Tak relax awak ni.”

“Penat jadi diri sendiri…”

“Bukan selalu nak marah diri sendiri. Hari-hari asyik marah orang je hari ni marah diri sendiri pulak.”

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di bawah:

Post Berkaitan

Leave a Reply