PARA PELANCONG digemparkan dengan Penemuan seekor ikan gergasi yang kelihatan seperti alien jika dilihat dari jauh, terdampar di sebuah pantai di Australia. Ketika kejadian, Tim Rothman dan James Barham sedang bersiar-siar di sepanjang pantai Kennett River di Victoria pada Isnin sebelum menemui seekor ikan berukuran enam kaki (hampir dua meter).
Ikan ini Dikenali sebagai ikan matahari dimana ia boleh membesar sehingga 11 kaki (3.35 meter) dan seberat hingga 2.5 tan. Ikan ini digambarkan menyerupai ‘gumpalan besar yang terapung’ oleh National Geographic, meskipun Tim dan James melihatnya seperti alien.
“Kami berjalan bersama dan melihat gumpalan besar ini di atas pasir,” kata Tim kepada Geelong Advertiser.
“Saya tak pernah melihat seperti itu sebelum ini. Ia kelihatan seperti alien dari jauh,” tambahnya. Ikan matahari sering dilihat di perairan Australia walaupun biasanya dijumpa dari jauh.
Bangkai ikan yang ditemui di Kennett River dikatakan telah terdampar sejak beberapa hari sebelum dikesan oleh satu pasanga dan anak perempuan mereka pada Sabtu.