Di dunia ini, tiada siapa yang akan merasa sedih jika kehilangan orang tersayang atau sesuatu yang mereka sayang. Orang atau sesuatu yang disayangi akan terus dikenang sampai bila2 dan ada juga yang melakukan sesuatu yang boleh melepaskan rindu kepada kenangan bersama yang telah pergi. Memang sukar untuk membuang jauh2 perasan sayang dan rindu kepada yang telah pergi apatah lagi jika mereka adalah manusia atau haiwan yang terlalu bermakna buat diri sendiri.
Satu contoh yang boleh kita lihat adalah tentang seorang pemuda yang ebrnama Dave Issac iaitu seorang petani dari Battle, Britain membelanjakan wang sebanyak 2,000 paun untuk mengubah suai dan menghiasi keretanya, hinggakan badan kereta itu kelihatan serupa dengan anjing collie kesayangannya, “Floss” yang mati baru-baru ini.
Floss merupakan anjing kesayang Dave dan kereta yang menyerupai floss itu seakan2 membantu Dave melepaskan rindunya terhadap anjing kesayangnnya yang telah mati itu.
Kereta tersebut yang merupakan kereta keluarga telah diubahsuai oleh Dave menjadi kereta yang menyerupai seekor anjing atau lebih tepat anjing kesayangannya yang telah m ati bernama floss. Dave mempunyai tiga orang anak dan sebagai sebuah keluarga, mereka sangat merindui Floss anjing kesayangan mereka itu.
Untuk pengetahuan, Floss juga telah abanyak membantu keluarga Dave dalam menjaga kambing peliharaan.