Dipercayai [VIDEO] Suara Tangisan ‘Penanggal’ Gemparkan Penduduk Di Melaka Namun Netizen Cakap ‘Itu Bunyi Binatanglah’

Tidak dapat dinafikan bahawa kita perlu mempercayai kewujudan makhluk halus di sekeliling kita kerana ‘mereka’ juga adalah ciptaan Allah. Kadangkala makhluk halus ini juga berupaya menjelma dalam satu bentuk yang sangat menyeramkan.

Baru-baru ini, seorang pengguna Facebook ada berkongsi satu video ‘seram’ yang memperdengarkan seperti suara tangisan makhluk halus.

Orang kampung kata ‘penanggal’

Video seram itu dikongsikan oleh Mizan Yusof Mizan di Kumpulan Facebook Kelab Cerita Hantu Malaysia (KCHM). Berdasarkan video pendek tersebut, kedengaran seperti satu suara tangisan yang sangat kuat. Jelas Mizan Yusof, kejadian tersebut dipercayai berlaku di Melaka dan penduduk mendakwa ‘tangisan’ tersebut adalah bunyi ‘penanggal’.

Kejadian di Melaka. Orang kampung khabar penanggal. Wallahualam.

Walau bagaimanapun, di ruangan komen, terdapat pelbagai pendapat dan ‘teori’ yang diutarakan netizen. Malah ada di antara mereka mendakwa ianya bukanlah bunyi makhluk halus seperti yang disangka sebaliknya itu adalah bunyi musang. Namun, ada juga yang percaya bahawa bunyi itu memang datangnya dari ‘penanggal’. Hal ini kerana, ada beberapa orang pengguna Facebook mendakwa melihat penampakan makhluk halus tersebut di atas cahaya lampu jalan berkenaan. Meskipun begitu, sehingga kini tidak dapat dipastikan kesahihan video tersebut.

Video seram

Sumber: Mizan Yusof Mizan (Kelab Cerita Hantu Malaysia) via:ohbulan

Post Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *