Kisah rider Grab menggendong anak dalam cuaca panas tular setelah dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok yang dikenali sebagai @abamskhai.
Menurut Khairul Fazki, 42, dia yang sedang dalam perjalanan ternampak seorang penunggang motosikal menggendong anaknya yang baru berusia setahun keluar untuk mencari rezeki untuk keluarganya.
Prihatin dengan nasib rider tersebut, dia menghampiri lelaki tersebut sebelum bertanyakan keadaan yang dialaminya kerana terpaksa membawa anak kecil dalam keadaan cuaca yang panas terik.
“Masa tu saya naik motor. Daripada jauh nampak dia dan ada kaki kecil yang terjuntai. Jadi saya potong motor dia untuk lihat lebih dekat.
“Saya dapati penunggang itu adalah seorang lelaki, sebelah tangan pegang handle motor, sebelah tangan lagi menutup kepala seorang bayi daripada terkena panas mentari.
“Waktu tu dalam pukul 1.30 tengah hari. Saya panggil ketepi untuk temuramah sekejap. Jadi saya pun turut buat video, saya kongsi ke TikTok untuk tunjuk kehebatan seorang bapak itu kepada semua orang.
“Saya cuma nak sampaikan mesej bahawa tak semua orang boleh buat macam dia. Saya kongsikan video itu sebagai motivasi,” katanya.
lihat video,
Pada masa itu, rider tersebut memaklumkan dia mempunyai tiga orang cahaya mata dan menetap di Jinjang, Kuala Lumpur. Selain itu juga, sudah sebulan dia bekerja sebagai rider dengan membawa anak kecil selepas isterinya mula bekerja.
“Wife keluar pukul sembilan, lepas tu saya start kerja. Kadang – kadang sampai petang, kalau tak hujan lambat sikit la,” jelas rider tersebut yang bernama Amirul.
Tambahnya lagi, anaknya akan diberi nasi ketika bekerja dan hanya meminum susu apabila pulang ke rumah.
“Kalau kat rumah je minum susu. Wife baru kerja. Kalau tak, dia tak kerja. Dekat sebulan (bawa bayi kerja). Anak ada tiga orang, seorang mak jaga, yang satu lagi sekolah,” tambahnya.
Orang lain sanggup berusah, kenapa tidak kita, kenapa kita taknak berusaha lebih sedikit? henyak lah sampai lunyai. Meninjau ke ruangan komen, rata – rata warganet turut berse’dih dengan nasib Amirul dan ada yang ingin menghulurkan bantuan.
Jangan ingat kita susah, ingat lah ada yang lagi susah dari kita. Jadi sentiasa lah bersyukur apa jua keadaan.
Jangan lupa like share komen. Terima kasih!