Majlis perkahwinan merupakan majlis meraikan kedua mempelai pengantin yang dihadiri pelbagai tetamu dari ahli keluarga, sanak saudara, sahabat handai dan jiran tetangga.
Justeru, adab ketika menghadiri majlis dan kelakuan haruslah dijaga demi menjaga air muka tuan rumah malahan air muka sendiri supaya tidak melampaui batas-batas sebagai tetamu yang diundang
Namun lain pula yang berlaku dalam majlis perkahwinan satu pasangan pengantin ini.Menerusi perkongsian di Tiktok yang meraih perhatian netizen mengenai seorang wanita, membungkus licin kuih ke dalam di sebuah majlis perkahwinan yang dihadiri olehnya.
Menerusi video, dapat dilihat majlis masih lagi berlangsung dan tetamu masih ramai yang hadir, namun wanita tersebut langsung tidak teragak-agak untuk menghabiskan kuih dan mengaut semuanya ke dalam plastik kemudian berlalu pergi tanpa segan silu.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terkedu melihat kelakuan wanita tersebut yang sama sekali tidak mengendahkan ‘orang belakang’ yang masih di dalam majlis tersebut.
“Sumbang sikit je, tapi makanan di bawak balik bukan main banyak…”
Malahan, mereka turut mengecam perbuatan wanita tersebut yang langsung tidak rasa malu…
“Kenapa kena tamak macamtu…”
“Kesian tetamu yang tak dapat rasa kuih…”
“Ee ibu siapa tu, kesian tetamu yang lain…”
“Tetamu yang last2 nanti takde tinggal lauk apa dah…”
sumber : Tiktok