Kucing merupakan haiwan pemakan daging atau karnivor, dimana salah satunya adalah ayam. Namun pada pendapat anda, dapatkah kedua haiwan ini bersahabat? Kadang-kadang, ada juga ayam yang lagi agresif dan berani daripada kucing itu sendiri.
Satu video perkongsian daripada seorang pengguna fesbuk ini amat menarik perhatian netizen.
Mana tidaknya, lihatlah sendiri di dalam video dimana seekor ayam jantan dan seekor kucing membonceng motorsikal bersama-sama dengan tuan mereka. kedua-duanya seperti tidak bergaduh dan bermusuhan. Mereka berdua seakan bersahabat dan senyap sahaja duduk dibelakang tuan mereka dikala motorsikal sedang berjalan.
Adakah mereka bersahabat? Mungkin juga.
Kalau kedua haiwan ini berkawan, memang pandai pemilik kedua-dua haiwan ini membela dan memelihara sebab kedua-duanya tidak berkelahi seperti kebanyakan kucing dan ayam yang lain dimana kebanyakannya yang kita lihat mesti bergaduh dan tidak sebulu. Apatah lagi yang duduk tu OYEN!! Selalunya OYEN ni nakal. Pandai abang ni jinakkan ayam dengan kucing dia naik motor.. Ayam tak terbang kucing tak lari. Dah macam kawan baik…
Apa petua ni.
Di bawah adalah antara komen-komen menarik yang ditinggalkan oleh para netizen.